Siasat Penglibatan Jho Low Dalam 1MDB - Pemuda Umno

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa agar siasatan terperinci dilakukan bagi mengesan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas beliau melabelkan parti itu sebagai 'kaki putar belit' (spinmasters).

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Exco Pemudanya, Ibdillah Ishak mengkritik kenyataan individu yang dikenali sebagai Jho Low itu dengan mempersoalkan sama ada ahli perniagaan itu sebenarnya berasa bersalah dalam kontroversi besar ini.

"Siapakah individu ini untuk berkata sedemikian? Apakah Jho Low benar-benar terlibat dan berasa bersalah dalam kontroversi besar ini?," soalnya.

Jho Low dalam satu temubual dengan majalah Euromoney mengkritik Pemuda Umno kerana cuba menyalahkan beliau sebagai punca kegagalan 1MDB.

"Ianya tidak masuk akal, orang Umno itu kaki putar belit (spinmaster). Mereka semua tahu perkara tersebut tidak masuk akal," kata Jho Low seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menggesa agar siasatan segera dilakukan terhadap penglibatan Jho Low dalam syarikat pelaburan yang dibebani hutang itu.

Menerusi Twitternya pada Selasa, Khairy berkata siasatan 1MDB perlu disegerakan dan kenyataan tersebut turut disokong Pemuda Umno yang turut mendesak agar penglibatan Jho Low disiasat.

"Saya berharap audit (terhadap 1MDB) boleh dilakukan secara telus dan tanpa melindungi kepentingan orang lain.

"Sekiranya Jho Low terbukti bersalah, tindakan perlu diambil. Tak perlu untuk fitnah pemimpin Umno apabila sedang berdepan masalah yang besar. Seolah-olah Jho Low mahu melepaskan tengkuk beliau sahaja," katanya.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Jho Low , Ibdillah Ishak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan