Puteri Umno Minta Segera Selesai Konflik PM-Tun M

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno meminta supaya konflik yang membabitkan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat diselesaikan dengan segera.

Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, sayap parti itu menyayangi kedua-dua pemimpin tersebut, malah terus memberi sokongan kepada kepimpinan dan perjuangan parti.

"Saya mohon antara Tun (Mahathir) dan beliau (Najib) agar dapat diselesaikan dengan segera.

"Kita juga tahu dan faham ada budi bicara (untuk menyelesaikannya), tetapi kita mohon agar ia dapat diselesaikan dengan baik dalam suasana harmoni dan kekeluargaan," katanya pada sidang media selepas perjumpaan ketua-ketua Puteri Umno bahagian bersama presiden parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Sesi itu diatur untuk presiden parti menjelaskan isu yang dibangkitkan Dr Mahathir seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, seperti mana dijawab Perdana Menteri menerusi program soal jawab yang disiarkan menerusi televisyen, Khamis lalu.

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, Puteri Umno menyayangi Dr Mahathir memandangkan sayap ketiga parti itu dilahirkan ketika parti diterajui beliau dan pada masa sama turut menyokong Najib serta Umno.

"Kita minta presiden jumpa Tun M (Dr Mahathir) dan apa salahnya Tun M berjumpa dengan presiden kami. Kita mahu ia diselesaikan. Dia (Dr Mahathir) seorang yang hebat tetapi kita tak nak pandangan dia akan merugikan Umno," katanya.

Mas Ermieyati turut yakin presiden parti mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikannya dengan baik.

"Saya optimis krisis ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Yang penting bersatu dan tidak ada unsur-unsur yang boleh membantutkan usaha penyatuan itu. Saya minta anggota parti rapatkan saf kepimpinan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan