PRK Rompin: Nuridah Antara Calon Pilihan PAS

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 8:55 AM

Nuridah Mohd Salleh.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sekurang-kurangnya tiga calon disenarai pendek PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Menurut sumber, salah seorang calon yang dipertimbangkan adalah bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh yang bertanding di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei 2013, tetapi tewas.


Difahamkan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad merupakan seorang lagi nama yang turut dipertimbangkan sebagai calon.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa seorang wanita dalam senarai itu dengan sekurang-kurangnya dua calon lain.

Tuan Ibrahim berkata, senarai tersebut akan dikemukakan kepada kepimpinan pusat untuk diputuskan.

"Kami sudah menyenaraikan beberapa calon yang layak," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, mesyuarat diadakan di Pejabat Agung parti itu untuk membincangkan perkara tersebut tetapi belum dapat disahkan sama ada keputusan telah dicapai.

Sumber berkata, nama calon itu disenarai pendek lebih awal sebagai pimpinan PAS yang berpotensi untuk bertanding pada PRU yang akan datang.

Menurutnya, nama-nama tersebut sudah dihantar kepada Pejabat Agung parti awal tahun ini.

"Kami sudah bersedia untuk mengaktifkan jentera parti untuk PRK ini.

"Cakap-cakap bahawa PAS memilih untuk tidak bertanding adalah spekulasi yang dicetuskan sesetengah pihak untuk menimbulkan kekeliruan," katanya.

Ahli di bahagian itu turut teruja untuk bersaing secara 'gentleman' dan berhemah, kata sumber tersebut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin menggesa PAS untuk tidak bertanding di kerusi tersebut sebagai membalas langkah Barisan Nasional (BN) yang tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Kerusi Parlimen Rompin diisytihar kosong apabila penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis maut dalam nahas helikopter di Kampong Pasir Baru, Semenyih.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 22 April ini.


Tags / Kata Kunci: Nuridah Mohd Salleh , PRK Rompin , PAS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan