Kerajaan Cadang Perkenal Dua Tarif Elektrik

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memperkenalkan dua kadar tarif elektrik menerusi mekanisme Masa Penggunaan (eTOU) di sektor perindustrian di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Menerusinya, tarif elektrik dicadang dikekalkan pada waktu siang manakala kadarnya dikurangkan pada sebelah malam, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Dr Nadzri Yahaya.

Buat permulaan, ia akan dilaksanakan di sektor perindustrian berikutan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi sebelum diperluaskan kepada kesemua pengguna.

Menurutnya, ini juga bagi membolehkan pihak perindustrian menggunakan tenaga secara cekap pada waktu malam berbanding siang selain mampu mengurangkan bil elektrik mereka.

"Kajian mengenai mekanisme itu masih dilakukan tetapi konsepnya sama seperti di Jepun iaitu kita merancang mengekalkan tarif elektrik pada waktu siang and menurunkan kadar itu pada waktu malam.

"Di Jepun, para penggunanya lebih memahami mekanisme itu sama ada waktu malam atau siang. Ini membolehkan mereka memanfaatkannya untuk melakukan kegiatan seharian atau pun bagi keperluan industri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Celik Tenaga ExxonMobil, di sini, Selasa.

Nadzri berkata, kerajaan juga memerlukan masa bagi pelaksanaan mekanisme berkenaan.

"Jika kajian itu berjaya, mekanisme itu akan dilaksanakan di Melaka dan Putrajaya yang memiliki infrastruktur berkaitan.

"Ini kerana meter pintar perlu dipasang bagi penggunaan eTOU dan projek perintis itu kini dijalankan di Melaka dan Putrajaya," katanya.

Pada November 2014, Tenaga Nasional Bhd berkata ia menimbang untuk melaksanakannya di seluruh negara pada 2016 jika projek perintis penggunaan meter pintar itu terbukti berjaya.

Nadzri berkata, kerajaan telah mengambil cabaran besar bagi memastikan aspek penghasilan tenaga dan penggunaannya secara berkesan serta cekap.

"Bagaimanapun, kita tidak mahu berhenti setakat itu sebaliknya mahu terus maju dan menghasilkan inisiatif lebih inovatif demi kelestarian tenaga, khususnya sektor penjanaan tenaga," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan