Gaji Minimum: 191 Kertas Siasatan Dibuka, 118 Ke Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 2:15 PM

Ismail Abd Muttalib.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 191 kertas siasatan telah dibuka berhubung kegagalan pelaksanaan gaji minimum sejak 1 Januari tahun lepas hingga Mac tahun ini dengan 118 daripadanya dibawa ke mahkamah, Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata daripada jumlah itu sebanyak 64 kes pendakwaan telah selesai dengan jumlah denda keseluruhan bernilai RM211,600.

"Tindakan di Mahkamah Buruh telah dibuat iaitu sebanyak 1,260 kes dengan tuntutan sebanyak RM20.5 juta.

"Jumlah diperintah bayar oleh Mahkamah Buruh sejak 2014 hingga Mac tahun ini pula ialah RM1.746 juta yang perlu dibayar kepada pekerja," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara di sini Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang ingin tahu jumlah majikan yang telah didakwa di mahkamah kerana gagal melaksanakan perintah gaji minimum.

Ketika ini, kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ialah sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.

Menjawab soalan tambahan daripada Syed Shahir mengenai jumlah penguat kuasa yang memantau pelaksanaan gaji minimum, Ismail berkata pada ketika ini sebanyak 491 pegawai ditugaskan untuk pemantauan dan pemeriksaan perburuhan, yang tidak hanya terhad kepada pelaksanaan gaji minimum.

"Kita (kementerian) akui, kita menghadapi kekurangan tenaga penguatkuasaan.
Kita berusaha memohon kepada kerajaan membuat penambahan kepada bilangan pegawai penguat kuasa ini di bawah Kementerian Sumber Manusia.

"Namun begitu, ia tidak membantutkan usaha kita bagi memberi jaminan dan keyakinan kepada pekerja terutama dalam membela masa depan mereka khusus dalam gaji minimum ini," katanya.

Beliau berkata ia dapat dilihat apabila jumlah pemeriksaan berkanun yang dibuat sejak tahun lepas hingga 28 Februari ialah sebanyak 44,604 pemeriksaaan.
Tags / Kata Kunci: gaji minimum , Ismail Abd Muttalib

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan