Felda Nyatakan Sokongan Padu Kepada PM

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 10:41 PM

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (empat,kanan) menerima resolusi sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada badan bukan kerajaan (NGO) Felda yang terdiri daripada Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), Jawatankuasa Kemajuaan Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Kami Anak Felda (KAF), Gabungan Profesional Felda (GAPROF) dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) pada Program Apa Khabar Felda di Felda Keratong 3 pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Semua pucuk pimpinan Felda di seluruh negara hari ini menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin nombor satu negara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pucuk pimpinan di 11 wilayah tanah rancangan itu berikrar berdiri teguh di bawah pimpinan Najib yang selama ini banyak berjasa membangunkan Felda dan kehidupan masyarakatnya.

"Jasa yang dilakukan Perdana Menteri terhadap masyarakat Felda sejak beliau mula mengetuai Felda pada 2004 tidak akan dilupakan dan kami dengan ikhlas hati akan terus memberikan sokongan terhadap pimpinan beliau," katanya.

Mohd Isa berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan khas dengan pimpinan peneroka di Felda Keratong 3, di sini, Selasa.

Pada majlis tersebut Mohd Isa menerima memorandum tanda sokongan masyarakat Felda terhadap pimpinan Perdana Menteri yang disampaikan wakil generasi baharu Felda Datuk Dr Shamsul Anwar.

Sokongan itu turut disuarakankan oleh Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda dan Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof).

Mohd Isa berkata, biarpun ada beberapa permasalahan yang timbul, namun Felda melihat Najib telah berusaha menguruskannya dengan baik dengan cara tersendiri dan Felda berpuas hati dengan penerangan isu-isu yang dibangkitkan.

Beliau turut berpendapat segala teguran yang dilontarkan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed adalah hak peribadi.

"Tidak ada masalah dan kita (Felda) akan jelaskan segala isu yang timbul dan saya sendiri sudah pun menjelaskan kepada masyarakat Felda mengenai isu seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes Altantuya Shaariibuu," katanya.

Beliau berkata, hasil penerangan itu masyarakat Felda memahami perkara yang berlaku dan menyatakan taat setia dan sokongan berterusan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Tags / Kata Kunci: Felda , Isa Samad

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan