BN Akan Pastikan Rompin Kekal Kubu Kuat Umno

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 8:01 PM

Hishammuddin (tengah) bergurau dengan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menziarahi bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang lumpuh Abdul Aziz Maraus,57, di Desa Keranji selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan empat peringkat Umno Bahagian Rompin sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini di Pejabat Umno Bahagian Rompin hari ini.

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin walaupun PAS mengakui kawasan itu merupakan kubu kuat parti berkenaan dan sukar untuk ditembusi.

"Saya lihat tiap-tiap pilihan raya kecil jika tidak bersungguh-sungguh dan berusaha dekati pengundi, apa sahaja akan berlaku," kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang mengakui sukar untuk memenangi PRK Rompin yang dijadual pada 5 Mei ini.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas bersama kepimpinan empat peringkat Umno Bahagian Rompin di sini hari ini dengan turut dihadiri Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin.

Turut hadir Naib Ketuanya, Datuk Seri Maznah Mazlan dan Ketua Penerangannya,Datuk Jalaluddin Mohamed Deli.

Mengulas lanjut, beliau berkata kenyataan itu tidak akan menjadikan Umno dan BN leka sebaliknya akan terus berusaha untuk mengekalkan kemenangan di kawasan itu dengan cabaran untuk mengekalkan majoriti yang tinggi.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata jentera parti juga mengenal pasti segala isu-isu berkaitan dan ada antaranya dijangka mampu diselesaikan dalam tempoh terdekat.

PRK ini juga, katanya dilihat sebagai satu platform terbaik untuk kerajaan melihat segala permasalahan setempat secara mikro dan ia penting untuk memenangi hati rakyat.

Beliau yang juga Pengarah Operasi PRK Rompin berkata, rekod cemerlang yang ditinggalkan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis ketika menjadi Anggota Parlimen Rompin sejak enam penggal lalu juga banyak membantu memastikan pengundi terutama generasi muda untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan menyokong BN.

"Kita faham hari mengundi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Mei adalah hari bekerja...jadinya kita harap pengundi faham hak dan tanggungjawab mereka. Bagi pengundi yang tinggal dan bekerja di luar daerah...mereka juga perlu diberi peluang melaksanakan tanggungjawab mengundi," katanya.

Pada pilihan raya umum 2013, Jamaluddin mengalahkan ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. Peratus keluar mengundi ialah 85.9 peratus daripada 53,596 pengundi.

Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , Hishammuddin Tun Hussein

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan