Ramai 'Bantah' Lanjut Had Umur Keluar KWSP

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rata-rata rakyat Malaysia membantah cadangan untuk melanjutkan had umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 60 tahun.

Pakar terapi kaunseling, Patrick Cheng, 56, berkata, dia tidak setuju dengan cadangan tersebut.

"Umur antara 50 dan 60 adalah tempoh apabila seseorang itu perlu mempertingkatkan diri dengan kemahiran hidup supaya kesihatan tidak menurun ketika mencecah usia 65 tahun.

"Sekiranya had umur pengeluaran dikekalkan pada 55 tahun, ia tempoh untuk orang ramai meningkatkan diri. Mereka seharusnya menggunakan wang tersebut untuk memulakan perniagaan atau mempertingkatkan diri dengan mengambil ijazah lanjutan atau kursus kemahiran hidup.

"Mungkin juga ada yang mahu menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam unit amanah, pelaburan lain atau pergi bercuti bersama keluarga," katanya.

Terdahulu, KWSP dilaporkan merancang untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan KWSP kepada 60 tahun selaras dengan lanjutan had umur persaraan yang ditetapkan kerajaan sebelum ini iaitu daripada 55 tahun kepada 60 tahun.

Seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Mary berkata, umur 55 tahun haruslah dikekalkan dengan pilihan diberikan kepada mereka yang mahu membuat pengeluaran pada umur 60 tahun.

"Tidak boleh ada sebarang peraturan berbentuk paksaan kerana ia wang kami. Saya bekerja keras sepanjang tahun ini dengan harapan pada umur 55 tahun, saya boleh mengeluarkan kesemua wang simpanan dan membelanjakannya sedikit sementara saya masih berupaya," kata Mary, 54.

Beliau berkata, walaupun KWSP mendakwa 68 peratus daripada ahlinya pada usia yang sama memiliki kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka, Mary bertanya: "Apa perbezaan yang diperolehi untuk tempoh lima tahun lagi?."

Marc Leon Herbert, 42, berkata beliau bersetuju dengan cadangan tersebut sekiranya garis panduan mengenainya disediakan.

"Perlu ada dividen yang lebih tinggi dan lebih banyak pilihan untuk mengeluarkan jumlah wang yang diperlukan. Saya juga percaya bahawa pencarum harus diberi pilihan untuk mengeluarkan bayaran dividen setiap tiga tahun untuk menampung perbelanjaan ketika waktu sesak," katanya.

Bagaimanapun, pakar neurologi, Datuk Dr Raihanan Abdul Khalid berkata, beliau menyokong cadangan tersebut sambil menambah jangka hayat seseorang kini lebih panjang.

"Ramai orang tidak mempunyai wang yang cukup untuk persaraan mereka. Wang KWSP perlu dilihat sebagai tujuan untuk persaraan sepenuhnya dan bukannya sebagai simpanan termasuk untuk tujuan kesihatan dan pendidikan.

"Seelok-eloknya, seseorang perlu mempunyai pelbagai bentuk simpanan untuk tujuan berbeza dengan KWSP sebagai simpanan di hari persaraan," kata doktor berusia 40 tahun itu.

Ahmad Burhan Abd Wahab juga mencadangkan bahawa had umur pengeluaran ditetapkan pada umur 70 tahun bagi lelaki dan 75 tahun bagi wanita.

"Kajian menunjukkan bahawa wang itu hanya bertahan selama tiga tahun. Ini menyamai purata jangka hayat lelaki (72.6) dan wanita (77.2).

Tags / Kata Kunci: KWSP , had umur , pengeluaran

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan