Azmin Didesak Segera Selesai Isu Kenaikan Elaun Guru Kafa

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 5:03 PM

Ekhsan Bukharee (kiri) menyerahkan memorandum kepada Setiausaha sulit Menteri Besar Selangor, Mohd Yasid Bidin di Shah Alam pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didesak segera menyelesaikan isu kenaikan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) negeri itu dan bukan terus berdiam diri.

Seorang guru Kafa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham mendakwa ini kerana surat tuntutan kenaikan elaun yang dihantar pihaknya kepada Mohamed Azmin Rabu lepas sehingga kini masih tidak mendapat maklum balas lanjut.

Dakwa Ekhsan Bukharee lagi, pentadbiran Mohamed Azmin sepatutnya tidak mempunyai masalah menyediakan peruntukan kewangan tersebut memandangkan rizab kerajaan negeri mencecah bilion ringgit.

"Saya membawa suara hati guru Kafa lain yang amat mengharapkan kenaikan tersebut dipercepatkan memandangkan ia telah termaktub dalam manifesto kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sehingga kini masih tidak dilunaskan.

"Kami tak minta gaji mewah...ini soal integriti menteri besar untuk tunaikan apa yang dijanjikan (manifesto). Jika kerajaan PR mengatakan Barisan Nasional sering memberi 'gula-gula' kepada rakyat, apa bezanya mereka ini, yang turut jadikan kenaikan elaun sebagai 'gula-gula' tetapi tidak tunaikan janji?" katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata tindakannya yang cuba memasuki persidangan Dewan Undangan Negeri semata-mata mahu menghantar surat tuntutan itu kepada Mohamed Azmin pada Rabu lepas juga menyebabkan dirinya pula diberi surat tunjuk sebab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Menurut Ekhsan Bukharee, beliau rela diambil tindakan oleh JAIS termasuk dipecat semata-mata mahu menuntut kenaikan elaun sebanyak RM200 itu demi membela nasib rakan sejawatan lain yang dihimpit peningkatan kos sara hidup.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kerajaan gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam manifesto mereka berjanji untuk menaikkan elaun guru Kafa di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pada Khamis lepas menyatakan pihaknya sedang mengkaji kesesuaian penambahan peruntukan berkenaan yang dibuat semasa PRU-13 itu.

Menurut Dr Ahmad Yunus, kelewatan kenaikan elaun kepada 6,742 guru Kafa di negeri itu disebabkan kerajaan negeri perlu membuat justifikasi berkaitan bagi penambahan peruntukan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Guru Kafa , Kafa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan