12 Murid SJKC Chien Chi Dikesan Alami Simptom HFMD

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seramai 12 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chien Chi, Plentong, di sini, dikesan mengalami gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menerusi saringan dilakukan pada Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata mereka adalah dari kalangan 252 murid yang disaring menerusi aktiviti kawalan dan pencegahan HFMD di sekolah berkenaan.

"Pada sesi pagi, sembilan daripada 143 murid yang disaring dikesan mengalami simptom HFMD manalaka pada sesi petang, tiga daripada 109 murid dikesan mengalami simptom itu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas, hari ini.

Ayub berkata kesemua murid berkenaan dirujuk ke klinik kesihatan bagi diambil sampel klinikal manakala aktiviti disinfeksi dilakukan pada sebelah petang di kelas, kantin serta tandas sekolah berkenaan.

Beliau berkata 17 pemandu bas sekolah turut diberikan taklimat berkaitan HFMD dan pemandu diminta menasihati ibu bapa supaya tidak menyuruh anak-anak ke sekolah sekiranya mempunyai tanda penyakit tersebut.

Katanya, pasukan kesihatan juga akan mengunjungi rumah 32 murid yang tidak hadir ke sekolah hari ini yang melibatkan enam orang pada sesi pagi manakala 26 orang pada sesi petang, untuk pemeriksaan.

"Guru-guru akan memeriksa tahap kesihatan dan gejala pada murid setiap hari dan pihak kesihatan daerah juga akan terus memantau keadaan murid sekolah berkenaan," katanya.

Ayub memohon ibu bapa supaya tidak panik dan memberi kepercayaan kepada Jabatan Kesihatan untuk menangani perkara itu.

Jumaat lepas, seorang murid perempuan tahun satu sekolah berkenaan dilaporkan meninggal dunia dipercayai berkemungkinan disebabkan HFMD.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Mohd Khairy Yakub yang dihubungi semalam, berkata ujian darah terhadap murid berkenaan sudah diambil untuk kajian beberapa virus termasuk yang menyebabkan HFMD dan keputusannya dijangka mengambil masa seminggu.

Menurut Dr Mohd Khairy, setakat ini pihaknya mengesahkan murid berkenaan meninggal dunia akibat kejutan septik dengan kegagalan beberapa organ dalaman.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan