Banyak Soalan Tak Dijawab - Dr Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 8:48 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad percaya masih banyak isu yang dibangkitkannya tidak dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sesi wawancara khas bersama TV3 minggu lalu.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau menyedari dirinya keseorangan, tetapi menegaskan tidak ada salahnya untuk bertanya ke manakah hilangnya wang rakyat.

"Ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.

"Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat, salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui TV tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.

"Hakikatnya wang 1MDB (1Malaysia Development Berhad) ada di mana masih tidak dijawab, kata Datuk Seri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

"Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada di mana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

"Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua bilion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 juta," tegas beliau dalam blognya chedet.cc pada Isnin.

Mengenai kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Dr Mahathir berkata, beliau hanya bertanyakan siapakah yang memberi arahan kepada Sirul yang dikenakan hukum bunuh.

"Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau diarah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul (dikenakan hukuman mati). Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh," katanya.

Menurut Dr Mahathir, banyak lagi persoalan beliau yang tidak dijawab malah hal itu dibangkitkan kononnya jambatan bengkok seperti yang diingininya tidak dibina.

"Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU-13 (Pilihan Raya Umum Ke-13). Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib," katanya.

Sementara itu, mengenai 1MDB katanya, sokongan daripada kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB.

"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu.

"Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib," jelas Dr Mahathir.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan