PM Bawa Banyak Pembaharuan - Mustapa

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 12:31 PM

Mustapa Mohamed.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa banyak pembaharuan kepada negara terutama berkaitan perpaduan dan pemberian pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata antara perkara pertama yang dilakukan Najib ketika mengambil alih jawatan perdana menteri adalah memperkenalkan konsep 1Malaysia bagi menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

"Tapi ramai yang salah ertikan dengan mengatakan ia menggalakkan pluralisme," katanya pada majlis "Malam Anugerah Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) 2014" di sini, malam Ahad.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Datuk Makhtar Mustapha, Presiden Kemudi Azran Fitri Abdul Rahim dan Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) Ayob Mamat. 

Beliau berkata Najib juga telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah kerana beliau mempunyai rasa ihsan yang tinggi.

Menyentuh tentang pembelian pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320), Mustapa berkata ia adalah untuk kegunaan rasmi Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri dan menteri-menteri kanan.

"Ini adalah penting bagi mempercepatkan urusan kerajaan kerana bagi pemimpin, masa itu emas.

"Bagi saya, Najib dah memimpin dengan baik. Ketokohan beliau diiktiraf di luar negara dan beliau dihormati kerana kebijaksanaannya. Tapi dalam negara pun beliau kena hebat juga tapi malangnya beliau dikritik hebat sejak akhir-akhir ini," katanya.

Untuk itu, Mustapa berkata rakyat perlu memberi sokongan kepada Najib dalam meneruskan usahanya membangunkan negara.

"Saya orang lama, dah bertugas dengan tiga Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak).

Saya pernah bertugas dengan Tun Mahathir dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Banyak gelaran (tidak baik) yang orang beri kepada beliau (Tun Dr Mahathir).

"Tapi kami pertahankan beliau (Tun Dr Mahathir) sebab kami fikir beliau paling layak meneraju. Selepas itu Pak Lah (Tun Abdullah) pula. Beliau juga banyak jasa (termasuk) memberi kebebasan kepada media," katanya.


Tags / Kata Kunci: Mustapa Mohamed , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan