Pengembara Warga M'sia Hilang: Keluarga Rayu Penjejak Berpengalaman Bantu SAR

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 11:57 PM

Dennis Lee Thian Poh.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penjejak (trekker) berpengalaman dari dalam dan luar negara diminta secara sukarela membantu dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pengembara warga Malaysia, Dennis Lee Thian Poh, yang hilang di sirkit kembara Annapurna, Nepal, pada 5 April lepas.

Jurucakap keluarganya berkata, selama beberapa hari, pasukan SAR bebas yang dibantu oleh pihak berkuasa Nepal telah menjalankan pencarian di kawasan itu tetapi belum mendapat apa-apa petunjuk tentang lokasi mangsa. 

"Pasukan itu sekarang menumpukan usaha mencari di kawasan antara Khobra dan Bayali.

"Oleh kerana hari ini ialah hari kesembilan sejak Dennis hilang dan cuaca di kawasan pencarian dijangka bertambah buruk dalam masa beberapa hari akan datang dengan kemungkinan salji turun, kami sangat-sangat memerlukan seberapa banyak pasukan sokongan untuk memperluaskan pencarian kerana tempoh beberapa hari akan datang adalah kritikal," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini Isnin.

Beliau berkata, oleh kerana masa adalah penting, keluarga sangat bimbang dan mahu Dennis ditemui secepat mungkin.

Penjejak berpengalaman yang ingin membantu usaha  mencari dan menyelamat, dapat menghubungi pasukan Penyelamat di talian 977-9856025679.

Tags / Kata Kunci: Dennis Lee Thian Poh

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan