Pemuda PAS Kutuk Hukuman Bunuh Pemimpin Ikhwanul Muslimin

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 12:34 PM

Dr Mohamed Badie

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemuda PAS mengutuk hukuman bunuh ke atas Mursyidul Am gerakan Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamad Badie serta beberapa lagi pimpinan pertubuhan itu.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, arahan itu dikeluarkan pemerintah kudeta Mesir yang dipimpin Jeneral Abdel Fattah As-Sisi.

"Pemuda PAS melihat bahawa hukuman ini merupakan suatu penghinaan kepada sistem kehakiman moden apabila pihak yang telah menyebabkan jenayah korban ribuan penduduk Mesir (As-Sisi) sewaktu merampas kuasa langsung tidak dihadapkan ke muka pengadilan, sebaliknya pihak yang menentang jenayah ini (Ikhwanul Muslimin) pula dijatuhkan hukuman mati," katanya menerusi kenyataan di sini, Isnin.

Hukuman terhadap kepimpinan Ikhwanul Muslimin itu termasuk aktivis Revolusi 25 Januari 2011 itu dilakukan selepas mereka dituduh sebagai pengganas dan perancang utama revolusi akibat tindakan junta menggulingkan pemerintahan sah Mohamed Morsi pada Julai 2013.

Tindakan ini dianggap sebagai balas dendam As-Sisi selepas hampir setahun menjadi presiden negara itu.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS menggesa seluruh masyarakat dunia turut sama mengecam hukuman zalim ini serta bertindak memutuskan segala hubungan diplomatik kepada Mesir.

"Selagi lunas-lunas demokrasi tulen tidak ditegakkan di Mesir, kita patut putuskan hubungan diplomatik dengan negara itu," katanya.


Tags / Kata Kunci: Ikhwanul Muslimin , PAS , Suhaizan Kaiat , As-Sisi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan