'Saya Tidak Pernah Kata 70 Anggota Tentera Terlibat IS'

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 9:29 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan sekeras-kerasnya laporan sebuah portal berita pada Isnin yang menyebut beliau sebagai berkata terdapat hampir 70 orang anggota tentera di negara ini menyertai kumpulan militan IS (Negara Islam).

Abdul Rahim dalam kenyataannya kepada Bernama di sini malam ini menjelaskan bahawa apa yang beliau katakan ialah hampir 70 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang termasuk penganggur telah menyertai kumpulan militan itu berdasarkan sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Portal berita berkenaan memutarbelitkan kenyataan saya. Apa yang saya katakan ialah PDRM melaporkan ada hampir 70 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang (menyertai IS). Saya tidak pernah kata anggota tentera.

"Laporan itu berniat jahat untuk memburukkan imej Angkatan Tentera Malaysia tanpa merujuk fakta sebenar," katanya merujuk kepada laporan portal berita berkenaan.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung latar belakang rakyat Malaysia yang terlibat dalam kumpulan militan IS dan hanya PDRM boleh membuat pengesahan mengenai perkara itu. 

Tags / Kata Kunci: IS , tentera

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan