KWSP Lancar Portal Informasi Skim Pelaburan Ahli

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan Portal Informasi Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP).

Objektifnya adalah untuk menyediakan maklumat berkaitan dana-dana unit amanah yang ditawarkan di bawah skim itu dan Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang menguruskannya.

Portal itu boleh diakses oleh ahli melalui i-Akaun mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran, kata KWSP dalam satu kenyataan, Isnin.

"SPA-KWSP ini memberikan pilihan kepada ahli untuk memindahkan sebahagian simpanan mereka secara suka rela dari Akaun 1 untuk tujuan pelaburan, seterusnya memberi peluang untuk menambahkan simpanan persaraan mereka.

"Di bawah skim ini, ahli boleh memindahkan simpanan mereka tidak melebihi 20 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas," kata KWSP.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Mohamad Nasir Ab Latif berkata portal itu merupakan inisiatif oleh KWSP untuk menyediakan kepada ahli lebih banyak maklumat untuk membuat keputusan yang termaklum.

"Terdapat 333 dana unit amanah yang diuruskan oleh 24 IPD di bawah SPA-KWSP.

Bagaimanapun, bagi 2015/2016, hanya 216 dana unit amanah yang layak ditawarkan," katanya.

Nasir, bagaimanapun, mengingatkan tiada jaminan bahawa setiap pelaburan ahli akan sentiasa menguntungkan kerana prestasi dana-dana unit amanah yang lepas tidak menjamin prestasi di masa akan datang.

"Ahli disarankan untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut daripada penasihat atau perancang kewangan yang layak sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengambil bahagian dalam pelaburan SPA-KWSP," katanya. -- Bernama 



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan