Pengeluaran KWSP Pada Umur 60 Tahun Belum Muktamad - Tee Yong

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum memuktamadkan untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada usia 60 tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata, perkara itu hanya cadangan daripada pihak KWSP, selaras dengan pelanjutan had umur persaraan yang ditetapkan kerajaan sebelum ini iaitu daripada 55 tahun kepada 60 tahun.

"Kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad (had umur pengeluaran simpanan persaraan) dan masih dalam tahap perbincangan.

"Sebarang pelaksanaan mesti perlu melalui Kabinet terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Isnin.

Minggu lepas, KWSP dilaporkan sedia mempertimbangkan penyelarasan had pengeluaran simpanan kepada umur 60 tahun berbanding 55 tahun ketika ini yang mengundang reaksi negatif daripada pelbagai pihak.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan KWSP untuk melanjutkan had umur pengeluaran simpanan kepada 60 tahun.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mencadangkan agar had umur tersebut diturunkan daripada umur 55 tahun kepada 50 tahun.

"Kami cadangkan juga dana KWSP diuruskan oleh bank-bank perniagaan supaya dividen lebih akan diberikan kepada ahlinya, kalau KWSP terus urus maknanya kita kena bayar caj pengurusan, jika diuruskan bank maka dapat dividen tinggi," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: KWSP , Chua Tee Yong , Dewan Negara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan