Rakyat Perlu Enam Bulan Hingga Setahun Fahami CBP - Chua

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 1:44 PM

Chua Tee Yong

Chua Tee Yong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat memerlukan masa antara enam bulan hingga setahun untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), persidangan Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata setiap negara yang melaksanakan CBP pastinya mempunyai masalah pada peringkat awal, seperti yang dialami negara maju termasuk Australia.

"Kerajaan sentiasa memastikan pihak berkuasa seperti Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turun padang dalam memberi kefahaman kepada rakyat tentang cukai ini.

"Pihak kastam pula misalnya, akan turun padang dan memberi nasihat kepada peniaga berkaitan CBP dan bukannya memberi denda serta merta," katanya dalam sesi soal jawab.
 
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang ingin tahu tentang usaha kerajaan dalam memberi kefahaman kepada rakyat berhubung pelaksanaan CBP.

Chua berkata KPDNKK pula akan sentiasa mengadakan lawatan dan taklimat kepada peniaga dan pengguna bagi memastikan mereka lebih memahami CBP.
Tags / Kata Kunci: CBP , Chua Tee Yong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan