KWSP Disaran Beri Pilihan Had Pengeluaran Wang Kepada Pekerja - Cuepacs

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 1:25 PM

Keputusan berhubung had umur pengeluaran KWSP masih belum diputuskan. Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi pilihan kepada pekerja berhubung had umur pengeluaran wang.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pekerja harus diberi pilihan sama ada mengeluarkan wang simpanan mereka antara umur 55 dan 60 tahun.

"KWSP tidak sepatutnya hanya melihat kepentingan wang yang diuruskan tetapi juga masa depan pekerja di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau ditanya mengenai cadangan KWSP yang sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.

Azih yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut berkata, bukan semua pekerja akan bekerja sehingga usia 60 dan mereka juga memerlukan wang sebagai persediaan untuk bersara pada usia 56, 58 atau 60 tahun.

"Had umur 55 tahun pada masa kini adalah bersesuaian dan kami harap ia dapat dikekalkan kepada semua pekerja di sektor awam dan swasta.

Katanya, terdapat pelbagai faktor seperti kesihatan, gaya hidup dan jenis pekerjaan yang menyebabkan seseorang pekerja itu bersara awal daripada umur 60 tahun.

"KWSP tidak berhak menahan pesara daripada mengeluarkan wang mereka lebih awal dan jika pengeluaran wang dibuat pada umur hampir 60, akan ramai pesara yang sukar menanggung perbelanjaan harian dan menggunakannya untuk berbagai tujuan," katanya lagi.

Bagi seorang bakal pesara, Mohd Jamil Daud, 55, langkah yang diambil oleh KWSP untuk menambah baik polisi sedia ada demi kepentingan rakyat amat dihargai namun ia haruslah dikaji semula dari setiap sudut.

"Pesara sepatutnya berhak mendapat wang persaraan mereka apabila sudah bersara bagi memudahkan mereka membiayai kehidupan seharian.

Mohd Jamil turut mencadangkan pencarum menyertai kursus kewangan dan pelaburan sebelum usia persaraan sebagai persediaan untuk menguruskan wang simpanan mereka.Sementara itu, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) turut memandang serius perkara berkenaan dan meminta KWSP mengekalkan had pengeluaran wang simpanan sedia ada.

Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut akan dibangkitkan pada Mesyuarat Persidangan Perwakilan UNI-MLC pada 25 April depan selain menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Situasi ekonomi semasa dan kos sara hidup tinggi menyebabkan rakyat perlu menguruskan kewangan dengan lebih baik selain mempunyai komitmen untuk merancang masa depan sebelum bersara," katanya.

"Tempoh pengeluaran wang carumaan yang mahu diselaraskan oleh KWSP juga agak terlewat dan tidak relevan kerana kebanyakan pekerja pada usia itu memerlukan wang simpanan untuk pelbagai tujuan seperti perubatan, menjelaskan pembiayaan kewangan rumah, pendidikan anak-anak dan menampung kos sara hidup harian.

Katanya, pulangan diberikan KWSP pada ketika ini kepada pencarum adalah rendah (enam peratus) berbanding institusi lain seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Lembaga Tabung Haji dan Felda yang memberi dividen lebih banyak daripada KWSP.

Mohamed Shafie berkata, pihaknya meminta KWSP mengkaji semula cadangan tersebut sekali gus tidak mengambil tindakan drastik tanpa memikirkan soal kebajikan pekerja.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Cuepacs , Azih Muda , KWSP

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan