PRK Rompin: Umno Rompin Mahu Calon Dalam Kalangan AJK Bahagian

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 7:06 AM

Hasan Arifin (tengah) berbincang dengan Wan Kadri (dua, kiri) dan Ketua Waita Umno Bahagian Rompin Datin Shamsiah Arshad (dua, kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Umno Bahagian Rompin di Pejabat Umno Bahagian Rompin pada Ahad. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Umno bahagian Rompin hanya mahu ahli jawatankuasa bahagian itu dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei depan.
    
Pemangku Ketuanya, Datuk Hasan Arifin berkata bahagian itu sebulat suara memutuskan untuk menolak mana-mana calon luar yang dicalonkan atas tiket BN.
    
"Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan calon BN. Namun, pemilihan hendaklah dalam kalangan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Rompin," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas persiapan PRK Rompin di pejabat Umno Bahagian itu di Rompin, Ahad.
    
Mesyuarat itu turut dihadiri Naib Ketuanya, Datuk Seri Maznah Mazlan, Setiausaha Datuk Wan Kadri Wan Mahussin dan Ketua Penerangan bahagian itu, Datuk Jalaluddin Mohamed Deli.
    
Hasan turut mengelak ketika diajukan soalan bahawa namanya antara disebut-sebut menjadi calon.

"Kita serahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti," katanya ringkas.
    
Beliau berkata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan mengumumkan calon BN bagi PRK Rompin pada 18 April ini.
    
Hasan menjangkakan antara cabaran yang terpaksa dihadapi PRK kali ini ialah meningkatkan majoriti serta jumlah peratusan keluar mengundi berikutan hari mengundi jatuh pada hari bekerja.
    
PRK kawasan Parlimen Rompin diadakan berikutan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4 April lalu.
    
Allahyarham menjadi anggota parlimen Rompin sejak enam penggal lepas bermula tahun 1990 dan pada pilihan raya umum tahun 2013, beliau berjaya menewaskan Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
    
Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei depan manakala hari penamaan calon pada 22 April ini.
Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , BN , AJK Bahagian

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan