Simpan Wang Untuk Persaraan

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 8:37 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ringgit anda semakin sedikit dan keadaan bertambah buruk dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadikan wang poket anda sebanyak RM1,500 menjadi lemah dalam kuasa membeli.

Jadi, apakah yang anda patut lakukan? Mulakanlah tabiat menyimpan.

Menurut pakar kewangan, ia bukan mengenai jumlah tetapi sikap terhadapnya.

Seorang pakar pengurusan kewangan, Yap Mingu Hui berkata, simpanan sepatutnya menjadi tabiat untuk kebebasan kewangan selepas persaraan, sambil menambah bahawa malahan simpanan RM10 setiap bulan boleh membawa kepada perbezaan.

"Jadilah seorang penyimpan, bukan yang suka berbelanja. Dengan amalan yang baik itu, simpanan akan menjadi sesuatu yang biasa apabila pendapatan anda meningkat apabila anda semakin dewasa. Ia adalah psikologi," katanya.

Yap berkata, mereka yang tidak menyimpan akan berhadapan dengan masalah walaupun mereka mempunyai pendapatan tahunan RM500,000.

"Seorang lelaki korporat memberitahu saya bahawa dia tidak mempunyai simpanan walaupun mempunyai pendapatannya banyak. Kenapa? Sebab dia seorang yang boros.

"Mereka yang suka berbelanja akan meningkatkan perbelanjaan mereka apabila pendapatan mereka meningkat," katanya, sambil mencadangkan supaya setiap pekerja membuat simpanan sekurang-kurangnya 19 peratus daripada pendapatan bulanannya sebagai tambahan kepada apa yang dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Yap mengulas mengenai penemuan dalam dua kajiannya Randstad Workmonitor Suku Pertama 2015 dan Persaraan Masa Depan HSBC, A Balancing Act Global Survers Ranstad.

Ranstad mendapati 76 peratus pekerja warga Malaysia percaya bahawa mereka perlu bekerja selepas berusia 60 tahun.

Kajian Asia HSBC mendapati keupayaan rakyat Malaysia untuk menyimpan bagi perasaraan terkesan dengan hutang. 

Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Norma Mansor berkata, rakyat Malaysia sepatutnya lebih celik kewangan dan berkeupayaan.

"Kebimbangan kerana tidak cukup untuk perasaraan merupakan perkara yang baik kerana ia menggalakkan kepada amalan merancang kewangan," katanya.

Bagaimanapun, Prof Norma yang merupakan bekas setiausaha agung kepada Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) berkata, gaji yang memuaskan juga penting untuk menggalakkan simpanan.

"Segelintir graduan hanya memperoleh RM1,000. Jadi berapa banyak yang boleh mereka simpan?

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya melihat dasar untuk golongan yang mudah terjejas seperti bekerja sendiri atau tidak bekerja, sambil menambah bahawa penjagaan kesihatan merupakan kebimbangan paling besar kerana kos perubatan merupakan peruntukan besar dalam perbelanjaan selepas bersara.

"Orang ramai akan bersama lebih selamat sekiranya mereka tidak perlu bimbang mengenai perkara ini," katanya.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, semakin ramai pekerja yang membuat kerja sambilan berikutan hutang dan komitmen isi rumah yang tinggi, manakala warga emas pula kembali bekerja kerana mereka memerlukan pendapatan untuk berbelanja.

Beliau berkata, dana persaraan biasanya tidak mencukupi, kerana jangka hayat boleh meningkat kepada 72.5 tahun untuk lelaki dan 77.2 bagi wanita.

Menurutnya, terdapat sebahagian pekerja masih mempunyai pinjaman gadai janji dan hutang kad kredit untuk dilangsaikan selepa persaran, sambil menunjukkan kira-kira 376,800 pekerja berusia antara 60 dan 64 tahun dan nisbah hutang kepada KDNK meningkat kepada 86.8 peratus.

"Kebanyakan pencarum KWSP mempunyai kurang  RM50,000 pada usia 55 tahun kerana skim pengeluaran wang dibenarkan," kata Shamsuddin.

"Dalam sektor swasta, KWSP merupakan bentuk simpanan persaraan yang paling biasa maka pengeluaran sebelum usia 60 tahun tidak dibenarkan.

"Andaikan setiap individu memerlukan RM800 sebulan, yang hampir pada paras kemiskinan semasa bersara, RM50,000 hanya boleh bertahan selama lima tahun," katanya, yang menggesa supaya kerajaan menyediakan intensif cukai kepada pekerja yang berusia lebih 60 tahun.

"Jika mereka boleh menyumbangkan kepada ekonomi selepas persaraan, mereka sepatutnya dibenarkan untuk menikmati hasil penuh tidak peluh mereka.

"Begitu juga dengan majikan perlu diberikan pemotongan cukai berganda bagi menggalakkan mereka mengambil pekerja dalam lingkungan usia itu.

Presiden National Council of Senior Citizens Organisations Malaysia (Nascom), Datuk Dr Soon Ting Kueh berkata, kebanyakan mereka yang terpaksa bekerja selepas usia 60 tahun kecuali mereka amat bernasib baik.

Beliau berkata, tanpa simpanan yang mencukupi, mereka yang tidak mempunyai KWSP atau wang pencen akan menderita.

Mereka yang mempunyai wang pencen sebanyak RM1,000 sebulan "mungkin selamat", tetapi majoritinya yang mendapat kurang daripada itu terpaksa bekerja semula.

Tags / Kata Kunci: wang persaraan , KWSP , GST

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan