Kenaikan Tarif Air Di P Pinang Tidak Didik Rakyat

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 11:03 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 turut berjanji mereka akan menurunkan caj air, dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.

Ini menurut mereka bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Namun kurang dua tahun selepas pilihan raya umum itu yang menyaksikan PR menang di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, kerajaan DAP di Pulau Pinang sebaliknya mengumumkan kenaikan tarif air sebanyak 16.7 peratus berkuat kuasa 1 April lalu.

Menerusi tarif baharu itu, pengguna domestik yang menggunakan air antara 20,000 hingga 35,000 liter sebulan perlu membayar caj tambahan maksimum 60 sen untuk bil air mereka.

Alasan kerajaan negeri ialah "kenaikan sebagai langkah untuk mendidik rakyat dalam mengurangkan penggunaan air bagi mengelak catuan".

Walaupun apa pun alasannya, kenaikan tarif yang tinggi yang dikenakan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dilihat sebagai tidak munasabah dan membebankan ketika rakyat berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.

Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang, Mat Jamil Saad berkata keputusan itu bukan untuk mendidik rakyat sebaliknya mahu menekan.

"Kalau naik tarif air untuk menggalakkan pengguna berjimat, saya tidak nampak langkah ini akan membantu. Air adalah satu kegunaan harian. Kalau mahu  pengguna berjimat, boleh guna cara lain.

"Ada banyak alternatif lain untuk mendidik pengguna mengurangkan penggunaan air. Contohnya menambah baik sistem saluran paip yang bocor. Saya dapati banyak tempat yang paip bocor," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu membuat kajian yang lebih teliti termasuk mendapatkan pandangan rakyat sebelum menaikkan tarif air.

Berkongsi pendapat yang sama, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang,  Rahmad Isahak berkata kerajaan negeri tidak seharusnya menggunakan istilah kononnya mahu mendidik rakyat, sedangkan mereka mahu mendapatkan hasil kewangan.

Beliau berkata rakyat Pulau Pinang tidak sepatutnya berdepan dengan satu lagi kenaikan selepas berlaku kenaikan cukai taksiran pada 1 Jan lepas serta kenaikan surcaj air pada Ogos 2013.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata kerajaan negeri perlu prihatin dan simpati dengan kos sara hidup tinggi yang sedang dihadapi rakyat.

"Selepas surcaj air dinaikkan daripada 24 sen kepada 48 sen, rakyat turut dikenakan caj sebanyak 90 sen bagi setiap bil sekiranya mereka membayar bil bukan di kaunter PBAPP. Dan sekarang tarif air pula dinaikkan," katanya dengan nada kesal.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Air

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan