94 Lagi Rakyat Malaysia Dari Yaman Tiba Di Tanah Air

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 9:53 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kumpulan ketiga membabitkan 94 rakyat Malaysia dikeluarkan dari Yaman tiba di tanah air menerusi penerbangan Oman Air WY821.

Kumpulan itu yang kebanyakannya adalah pelajar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Muscat pada pukul 11.35 malam pada Sabtu.

Anak kepada Menteri Besar Kelantam, Irsyad Abdul Hakim Ahmad, merupakan antara yang turut dipindahkan.

Salah seorang daripada rakyat Malaysia yang dipindahkan, Dinie Hakal Ramyramza, 19, dari Melaka, berkata kebanyakan mereka belajar di Tarim, Lembah Hadhramaut.

Beliau berkata, walaupun keadaan di bandar itu agak selamat, para pelajar diminta untuk pulang ke tanah air apabila kedutaan di Tarim telah berpindah ke Muscat di Oman.

"Kami diberitahu untuk datang semula sekiranya terdapat masalah dengan visa atau pasport kami apabila kedutaan telah berpindah," katanya kepada pemberita di KLIA.

Dinie Hakal belajar di Yaman sejak setahun lalu.

Seorang lagi pelajar, Muhd Amin Izammuddin, 22, berkata, beliau bersyukur kerana selamat tiba di tanah air.

"Syukur, keadaan di Tarim lebih selamat berbanding Aden," katanya.

Muhd Amin berkata, masalah yang berlaku di Tarim termasuk kekurangan petrol dan tidak dapat mengeluarkan wang.

Beliau berkata, kedutaan Malaysia sentiasa behubung dengan para pelajar di Aden.

Muhd Amin pulang ke tanah air bersama isterinya yang juga seorang pelajar, Sarah Izzati Saiful, 20.

Setakat ini, seramai 252 rakyat Malaysia termasuk kumpulan ketiga dibawa pulang ke tanah air sejak 7 April lalu.

Tags / Kata Kunci: Yaman

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan