CBP: Peniaga Ambil Kesempatan Pensabotaj Ekonomi - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 6:44 PM

(Ubah saiz teks)

MUADZAM SHAH: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyifatkan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sebagai pensabotaj ekonomi negara. 

Ini kerana, kata beliau, pelaksanaan cukai baharu sejak 1 April itu sepatutnya membolehkan rakyat menikmati penurunan harga barangan memandangkan kadar CBP ialah enam peratus, berbanding 10 peratus cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini.

"Bagaimanapun, mereka ini (pensabotaj ekonomi) ada barangan yang tidak patut dikenakan CBP, mereka sewenang-wenangnya caj CBP menyebabkan berlaku kenaikan harga.

"Kalau hendak dikatakan mereka ini tidak faham tentang CBP, ia tidak boleh diterima kerana kita telah beri penjelasan mengenainya selama setahun dan tujuh bulan... di televisyen, radio dan suratkhabar," katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan isu semasa di pejabat UMNO Rompin pada Ahad.

Sehubungan itu, Ahmad menasihatkan golongan peniaga supaya mengamalkan etika perniagaan yang baik atau berisiko kehilangan pelanggan yang akan mencari alternatif selain boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Ketika diminta mengulas mengenai rungutan orang ramai berhubung caj perkhidmatan pada kadar 10 peratus, Ahmad berkata peniaga dan pihak berwajib mempunyai pilihan untuk mengenakan kadar yang lebih murah kepada pelanggan.

"Tidak ada peraturan yang mengatakan caj perkhidmatan ini mesti pada kadar 10 peratus.

"Sepatutnya mereka yang hendak mengenakan caj ini juga mesti mempunyai Perjanjian Kolektif dan jika tidak, mereka mengambil keuntungan tambahan sahaja," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad menasihatkan pemilik perniagaan terlibat untuk mengurangkan caj perkhidmatan itu, kerana ia juga boleh menjadi faktor untuk pengguna memilih sesuatu premis perniagaan. 

Tags / Kata Kunci: CBP , Datuk Ahmad Maslan , pensabotaj

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan