BN Akan Letak Calon Bersih Di Permatang Pauh

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 3:15 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bergambar bersama Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (kanan) sebelum mempengerusikan mesyuarat dengan pimpinan BN negeri pada Ahad bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Barisan Nasional (BN) akan mengambil kira semua faktor terutama rekod bersih dan diterima rakyat setempat dalam menentukan calon pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata secara tidak rasmi pimpinan UMNO bahagian  telah menyerahkan beberapa nama untuk diturunkan sebagai calon dan ia akan diputuskan pucuk pimpinan parti dalam masa terdekat.

"Kami ambil kira semua faktor ... yang penting penerimaan pengundi Permatang Pauh, ada rekod yang baik, tidak terlibat dengan apa-apa skandal dan mempunyai latar belakang kelulusan yang agak tinggi serta rapat dengan rakyat setempat.

"Sebaik mungkin mereka adalah dalam kalangan anak setempat yang ada rekod yang baik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin UMNO dan BN negeri di sini, Ahad. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO Bahagian Permatang Pauh dan UMNO negeri juga telah menyatakan komitmen untuk memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang diputuskan pucuk pimpinan.

Muhyiddin yang merupakan pengarah PRK Parlimen Permatang Pauh dan PRK Parlimen Rompin di Pahang, berkata beliau akan dibantu oleh Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Permatang Pauh dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Rompin.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai penyelaras BN bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu, katanya.

Beliau berkata walaupun dikatakan sebagai 'underdog' di Permatang Pauh, BN komited untuk menang pada pilihan raya kecil itu demi bagi meneruskan usaha  membantu nasib rakyat di kawasan itu yang sekian lama diabaikan.

"Kami akan mengatur strategi yang rapi untuk pilihan raya kecil ini. Kami  tahu kami adalah underdog di kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR, namun begitu tak ada satu yang mustahil ... cita-cita BN adalah untuk menang," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti isu-isu setempat dan nasional yang timbul dan jentera BN telah bersedia untuk memberi penjelasan.

"Mereka yang ada dalam kalangan BN termasuk 'friends of BN' telah menyatakan sokongan dalam mengatur gerak kerja untuk pilihan raya kecil ini," kata Timbalan Perdana Menteri.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong setelah penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian 7 Mei.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis setelah terlibat dengan nahas helikopter di Semenyih, Selangor  pada 4 April lepas.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 April dan hari pengundian 5 Mei.

Tags / Kata Kunci: BN , PKR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan