Adenan Isytihar Serian Bahagian Baharu Di Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 6:06 PM

Adenan Satem

Adenan Satem.

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada Sabtu mengisytiharkan daerah Serian dan Tebedu bersama-sama sub-daerah Siburan menjadi bahagian baharu di Sarawak. 

Adenan membuat pengumuman itu di hadapan lebih 10,000 orang termasuk pemimpin kaum Bidayuh pada sambutan Pesta Birumuh (Festival Menuai Padi) Serian 2015 di Stadium Mini Serian di sini.

"Hari ini, 11 April 2015 hari bersejarah bagi Serian sebab pada hari ini saya mengisytiharkan dan mulai hari ini daerah Serian dan Tebedu bersama-sama sub-daerah Siburan menjadi Bahagian Serian," kata Adenan, disambut dengan paluan gong dan gendang manakala bunyi letupan mercun bergema selama 10 minit di stadium mini itu.

Terdapat 11 bahagian di Sarawak sebelum ini iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.

Pengumuman Adenan turut disambut dengan sorakan gembira lebih 10,000 orang yang memenuhi stadium mini itu dan ketua menteri hanya meneruskan ucapannya selepas berakhirnya bunyi letupan mercun itu. 

"Permintaan kalian sudah dipenuhi. Jika ada Bahagian Samarahan bagi kaum Melayu, Kapit bagi Iban, Sibu bagi Cina, Mukah bagi Melanau dan Miri bagi Orang Ulu, maka Serian seharusnya bagi Bidayuh.

"Kaum Bidayuh berhak mendapat bahagian sendiri sebab kalian mahu diiktiraf di dalam Malaysia dan Sarawak," kata Adenan. 

Dalam ucapannya itu, Adenan turut mengumumkan geran RM2 juta kepada kaum Bidayuh menerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) sebagai dana pendidikannya. 

Adenan mengingatkan kira-kira 200,000 kaum Bidayuh di Sarawak supaya berbangga dengan bangsa, tradisi dan sejarah pencapaian mereka selain memuji mereka yang dapat bekerja dan hidup dengan harmoni bersama kaum lain di negeri ini.

"Kita di Sarawak amat bertuah sebab bangsa, agama dan tradisi tidak memecahbelahkan kita dan kita hidup dalam aman serta harmoni dan kita mesti mengekalkannya," katanya.

Adenan mengulangi pendiriannya bahawa selagi menjadi ketua menteri Sarawak, beliau tidak akan membenarkan puak rasis dan pelampau datang ke Sarawak.

Dalam perkembangan lain, ketua menteri berkata kerajaan negeri sedang berbincang dengan pengusaha feri di negeri ini supaya hanya mengenakan tambang RM1.

Selain itu, katanya perbincangan turut diteruskan untuk memansuhkan tol selain tuntutan kerajaan negeri bagi 10 peratus royalti petroleum dan gas daripada Petronas.

Katanya Petronas berjanji untuk memberi kontrak kerja bernilai RM2.1 bilion kepada syarikat di Sarawak dan peruntukan RM50 juta bagi sekolah teknikal di negeri ini.

Tags / Kata Kunci: Serian , Sarawak , Adenan Satem

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan