94 Rakyat Malaysia Dikeluarkan Dari Yaman - Berita Semasa | mStar

94 Rakyat Malaysia Dikeluarkan Dari Yaman

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 94 lagi rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Yaman, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pukul 11.35 malam Sabtu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini berkata kesemua mereka menaiki penerbangan Oman Air, WY 821 (Muscat-KLIA).

Jumlah terkini rakyat Malaysia yang telah dibawa pulang dari negara itu setakat ini, termasuk 94 orang ini adalah 252 orang sejak 7 April lalu.

Tags / Kata Kunci: Yaman , Malaysia , Muscat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan