Parlimen Permatang Pauh Bukan 'Sendirian Berhad' - Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 6:19 PM

 Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Shahrizat Abdul Jalil.

(Ubah saiz teks)

PERMATANG PAUH: Kawasan Parlimen Permatang Pauh bukan  sahaja berdepan isu 'sendirian berhad' tetapi juga soal pembangunan dan anggota Parlimen yang boleh membawa pembaharuan, kata Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata maklum balas daripada peringkat akar umbi menyatakan pengundi di Permatang Pauh mengutamakan pembangunan dan sudah bosan dengan janji kosong pakatan pembangkang.

"Walaupun Permatang Pauh dikatakan kubu kuat (pakatan) pembangkang tetapi dalam politik macam-macam boleh berlaku ... misalnya maklum balas pengundi rasa terkilan kerana sekian lama tidak ada pembangunan jika dibandingkan dengan kawasan Parlimen Barisan Nasional (BN)," katanya.

Shahrizat berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat bersama-sama Ketua Wanita BN dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang  Datuk Seri Zainal Abidin Osman di sini Sabtu.

Katanya maklum balas juga mendapati pengundi di Permatang Pauh jemu dengan corak politik 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' yang melibatkan calon hanya daripada anggota keluarga sahaja dan tidak ada perubahan setelah 17 tahun menanti.

"Maklum balas menyatakan sebenarnya pengundi di sini mahukan pembangunan dibawa secepat mungkin ke Permatang Pauh. Jadi jika itu hasrat mereka, mungkin kita (BN) ada peluang tetapi ia terpulang kepada pengundi. Tugas saya dan BN adalah menyiapkan jentera dan turun padang," katanya.

Shahrizat berkata jentera Wanita UMNO telah siap dan akan dilancarkan selepas penamaan calon pada 25 April nanti dan semangat anggota wanita juga berkobar-kobar untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh ini.


Beliau berkata pendekatan Wanita UMNO adalah bercakap benar dan membawa maklum balas daripada peringkat akar umbi kepada kerajaan supaya penambahbaikkan dapat dibuat.

Katanya pendekatan Wanita Umno juga adalah untuk menyakinkan pengundi bahawa masanya sudah tiba untuk pembangunan melalui anggota Parlimen BN kerana mereka dahagakan pembangunan dan bukannya dengar cakap kosong yang membawa derita ekoran kedaifan di Permatang Pauh.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarga Anwar atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon manakala pengundian awal 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan