Perhimpunan Bantah GST Berlangsung Secara Aman

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 7:22 PM

Peserta perhimpunan mendengar ucapan daripada pemimpin PAS dengan khusyuk.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang diadakan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Padang Merbok di sini berlangsung secara aman.

Perhimpunan anjuran Dewan Ulama PAS yang bermula pada pukul 4 petang Sabtu kelihatan seperti satu ceramah politik biasa berbanding demonstrasi dengan orang ramai khusyuk mendengar ucapan daripada beberapa pemimpin PAS.

Peserta demonstrasi duduk di hadapan sebuah pentas sambil menikmati makanan dan minuman yang dijual di pasar malam berdekatan yang dibuka sempena program tersebut.

Terdahulu, pelbagai program seperti bacaan puisi dan pantomim diadakan untuk menghiburkan peserta yang hadir.

Ahli Parlimen PAS Temerloh, Nasruddin Tantawi turut membacakan puisi yang membidas pelaksanaan cukai baharu itu.

Pasar malam turut dibuka di Padang Merbok.

Setiausaha Dewan Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dalam ucapannya berkata, pelaksanaan GST adalah bertentangan dengan prinsip Islam kerana ia membebankan rakyat.

"Cukai tersebut ibarat merompak rakyat tetapi secara sah di sisi undang-undang. Walaupun Islam membenarkan kutipan cukai tetapi di negara ini ia adalah haram untuk mengenakan cukai kepada rakyat kerana negara ini dilanda masalah ketirisan dan rasuah.

"Kami akan terus berjuang menentang sistem kejam ini. Kami berikrar untuk memperluaskan kempen ini di seluruh negara," katanya.

Peserta demonstrasi juga berehat seketika sebelum meneruskan acara program tersebut yang dijangka tamat pada pukul 9 malam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan dan pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama, 
Datuk Dr Mahfodz Mohamed juga hadir.


Tags / Kata Kunci: perhimpunan , bantah GST

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan