Pemimpin Umno Digesa Bantu Selesai Perbezaan Pandangan Dr M - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 9:06 AM

Najib ketika menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir dalam program Soal Jawab yang disiar di TV3, Khamis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi Umno digesa memainkan peranan yang lebih besar untuk menjadi pengantara dan menyelesaikan perbezaan pendapat di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pemimpin perlu menyelesaikan masalah di antara mereka untuk kebaikan parti dan negara.

Najib yang mengambil langkah berdiam diri selepas 'diserang' beberapa minggu kebelakangan ini berkata bahawa walaupun beliau digesa meletak jawatan, beliau akan memimpin negara dan Umno selagi mempunyai mandat daripada rakyat dan parti.

Bercakap di rancangan Soal Jawab, TV3, Perdana Menteri bercakap mengenai beberapa isu utama pada masa kini, termasuk yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.

Antara lain, Najib menjawab soalan kontroversi mengenai 1Malaysia Development (1MDB), kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Akta Hasutan, Akta Pencegahan Keganasan dan ekonomi semasa wawancara satu jam dengan moderator Hamdan Ahammu.

Zahid berkata penjelasan Najib pada program tersebut menunjukkan bahawa beliau bersedia dan ikhlas dalam menangani persepsi negatif yang disebarkan oleh pihak tertentu.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mencadangkan timbalan presiden dan naib presiden parti memujuk kedua-dua pemimpin untuk bersemuka dan menyelesaikan isu-isu berbangkit.

"Mereka boleh melakukannya secara terbuka atau pertemuan tertutup dan semua ahli Majlis Tertinggi Umno (boleh) hadir untuk menyelesaikan isu itu sebagai satu 'keluarga," kata Syed Ali.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata sebarang isu atau perbezaan pandangan antara Najib dan Dr Mahathir perlu diselesaikan secara dalaman.

"Mereka seharusnya bertemu dan menyelesaikan perbezaan yang berlarutan antara mereka sekali, demi kebaikan semua," katanya.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, kritikan pedas adalah satu muslihat politik untuk melemahkan kepimpinan Najib.

"Persoalan yang ditimbulkan mengenai 1MDB, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Sirul Azhar hanya alasan untuk menyerang Najib," kata Puad.

"Jika Dr Mahathir tidak senang hati dengan penjelasan, beliau perlu membuat laporan polis atau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika beliau mempunyai bukti baharu."

Pemimpin Veteran Umno Tan Sri Shahrir Samad berkata, Dr Mahathir perlu menerima penjelasan Najib.

"Dr Mahathir, malah saya bersama-sama dengan pemimpin lain telah meminta beliau (Najib) untuk memberi penjelasan tentang 1MDB dan beliau melakukannya," katanya.

"Perdana Menteri ada berkata bahawa 1MDB akan melalui beberapa proses, termasuk audit oleh Ketua Audit Negara diikuti dengan siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira."

Walau bagaimanapun, Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Baru, berkata jika Dr Mahathir mahu bertemu dan duduk bersemuka, beliau pasti Najib akan memenuhi permintaannya.

"Sama ada ia akan menyelesaikan isu di antara mereka adalah sama sekali persoalan lain. Najib telah memberi penerangan dan sekarang terpulang bagi pihak Tun Mahathir," katanya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Najib telah bertemu Mahathir beberapa kali dan pertemuan seterusnya dilihat sebagai satu idea yang baik.

"Walau bagaimanapun, sama ada ia akan menghasilkan sesuatu yang diharapkan, saya tidak begitu pasti tentang itu. Saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi," katanya.

Abdul Rahman berkata Najib telah mengambil langkah yang sesuai untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

"Banyak perkara yang telah diperkatakan beliau (Najib) tetapi mereka yang ragu-ragu akan sentiasa ragu-ragu. Walaupun Tun Mahathir berhak terhadap soalannya, beliau tidak boleh berkata kerajaan tidak menjawab mana-mana soalannya.

"Ia seperti dalam Parlimen di mana walaupun kerajaan menjawab pertanyaan yang dibangkitkan, pihak pembangkang tidak pernah berpuas hati dengan jawapan kerana ia tidak seperti yang diharapkan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan