Pembinaan Rumah Kekal Dijangka Siap Menjelang Ramadan - JKR

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 9:25 PM

Muhyiddin mendengar taklimat daripada jurutera JKR Tanah Merah berkaitan proses pembinaan rumah kekal ketika mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan rumah kekal mangsa banjir di Kampung Kusial sempena lawatan kerja sehari ke Kelantan pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Pembinaan 27 buah rumah kekal untuk mangsa banjir di jajahan Tanah Merah dijangka siap menjelang Ramadhan iaitu pertengahan Jun depan.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tanah Merah, Mazlan Mustafa berkata pembinaan rumah kekal itu melibatkan 11 buah kampung.

"Sekarang proses pembinaan kesemua rumah kekal itu sudah mencapai 60 peratus siap. 

"Rumah berkenaan mula dibina pada 24 Februari lepas," katanya ketika menyampaikan taklimat mengenai kerja membina rumah berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Kusial di sini, Sabtu.

Muhyiddin dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini.

Turut hadir meninjau proses pembinaan rumah kekal itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisyam Abd Aziz.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas pasca banjir negeri Kelantan di Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Dabong, Kuala Krai.

Beliau meninjau lokasi penempatan mangsa banjir di kawasan berkenaan serta Sekolah Kebangsaan Dabong dan SMK Dabong, yang terjejas banjir. 

Selain itu, Muhyiddin juga menghadiri majlis penyerahan bantuan pemulihan  ekonomi mangsa banjir di padang SMK Tanah Merah I.

Sementara itu, Mohd Shukri Abu Kassim, 32, yang merupakan penerima rumah kekal berkenaan berkata beliau bersyukur kerana kerajaan sudi membantu untuk membina kembali rumahnya yang musnah akibat banjir pada Disember lepas.

"Memang saya tidak sangka dapat bantuan ini, saya hanya mampu ucap terima kasih kepada pihak kerajaan yang menolong kami sekeluarga," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur dapat bertemu dengan pemimpin kedua negara.

"Jika dahulu hanya dapat lihat dia (Muhyiddin) dalam televisyen tetapi ini dapat lihat depan mata. 

"Terima kasih kerana sudi hadir dan melawat tapak pembinaan rumah saya," katanya.
Tags / Kata Kunci: Tanah Merah , rumah kekal

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan