Caj Perkhidmatan Hotel, Restoran Milik Pekerja - MTUC - Berita Semasa | mStar

Caj Perkhidmatan Hotel, Restoran Milik Pekerja - MTUC

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa majikan untuk tidak mengambil wang bayaran perkhidmatan kerana ia adalah kepunyaan para pekerja.

Gesaan ini dibuat berikutan laporan kebanyakkan hotel yang menggunakan bayaran perkhidmatan untuk membayar gaji minimum kepada pekerja mereka dan ekoran daripada laporan tersebut, terdapat cadangan untuk memansuhkan bayaran itu.

Setiausaha Agung MTUC, N. Gopal Krishnam menerang, menjadi satu kesalahan bagi majikan untuk menggunakan jumlah wang yang diterima melalui caj perkhidmatan untuk membuat penambahan ke atas sebarang kekurangan kepada gaji minimum RM 900 yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Gopal juga percaya sistem bayaran perkhidmatan perlu diteruskan kerana gaji rendah yang diterima oleh pekerja hotel.

"Caj perkhidmatan bukanlah satu benda yang baru kerana ia telah diaplikasikan sejak industri hotel bermula di Malaysia," kata Gopal.

Dia juga bersetuju bahawa bayaran perkhidmatan memberikan lebih kestabilan pendapatan berbanding dengan cara memberi tip.

"Caj perkhidmatan adalah lebih telus jika dibandingkan dengan memberi tip kerana sesetengah pekerja mungkin akan mendapat RM 800 dan pekerja yang lain mungkin tidak dapat apa-apa.

"Jumlah wang yang mereka perolehi melalui bayaran perkhidmatan akan dibahagikan sama rata kepada semua pekerja mengikut prestasi kerja mereka," katanya.

Gopal berasa kesal dengan tindakan kerajaan yang terburu-buru dalam menyelesaikan perkara ini tanpa mendengar pandangan daripada semua pihak yang terlibat.

"Satu mesyuarat tiga pihak perlu diadakan di antara kerajaan, majikan, dan pekerja untuk memperbetulkan masalah ini." tambah Gopal lagi.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia, Datuk Shamsuddin Bardan bagaimanapun menerangkan pemilik hotel dan restoran patut dibenarkan untuk mengguna jumlah kutipan daripada bayaran perkhidmatan untuk membayar keperluan gaji minimum pekerja.

"Berdasarkan garis panduan mengenai pelaksanaan kebenaran gaji minimum, pengusaha hotel dan restoran dibenarkan untuk menggunakan sebahagian atau kesemua jumlah caj perkhidmatan untuk dijadikan sebahagian daripada gaji yang dibayar kepada pekerja," kata Shamsuddin.

Dia juga menjelaskan adalah tidak adil bagi pihak majikan sekiranya sistem bayaran perkhidmatan dimansuhkan kerana mereka perlu mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk membayar gaji pekerja.

Mengenai perkara di mana hanya hotel dan kedai makan yang membuat persetujuan dengan pekerja boleh mengenakan sepuluh peratus bayaran perkhidmatan, Shamsuddin menyifatkan perkara itu sebagai tidak adil berikutan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) pada 1 April.

Shamsuddin juga merasakan adalah tidak adil bagi hotel atau kedai makan yang mengenakan sepuluh peratus caj perkhidmatan berdasarkan perjanjian dengan pekerja kerana Cukai Barangan dan Keperluan (GST) yang telah dilaksakan pada 1 April lalu.

"Perkara ini akan membawa perbalahan di antara majikan dan pekerja kerana perkara mengenai bayaran perkhidmatan telah disertakan dalam surat pelantikan," kata Shamsuddin.

Tags / Kata Kunci: Caj Perkhidmatan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan