BN Mahu Tingkat Majoriti Undi Di Rompin - MB Pahang

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 6:12 PM

Adnan beramah mesra warga Felda pada Program Bersama Komuniti 2015 anjuran Tenaga Nasional Berhad di Felda Chemomoi dekat Bentong pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Barisan Nasional (BN) Pahang akan memperhebatkan gerak kerja jentera parti bagi mengekalkan majoriti undi tinggi dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin, kata Pengerusinya Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau yakin BN tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan kemenangan di kawasan berkenaan, lebih-lebih lagi penyandangnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis begitu mengambil berat soal kebajikan rakyat dan pembangunan di kawasan itu.

"Tidak ada masalah rebut merebut (kuasa) cuma kami mahu majoriti lebih tinggi dan ia juga bergantung kepada jumlah pengundi yang keluar pada hari berkenaan nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersama Komuniti 2015 peringkat negeri anjuran Tenaga Nasional Berhad di Felda Chemomoi, di sini Sabtu.

Adnan berkata, pengalamannya mengendalikan lima PRK sepanjang menjadi Menteri Besar Pahang sejak 1990 juga akan digunakan untuk memastikan kemenangan besar BN dalam PRK itu nanti.

Beliau berkata satu mesyuarat khas akan diadakan pada 14 April ini untuk membincangkan gerak kerja jentera parti pada PRK itu yang akan diketuai Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Pada 14 April ini ada majlis tahlil untuk Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis diikuti dengan mesyuarat khas untuk berbincang gerak kerja jentera parti berhubung PRK itu," katanya.

Adnan berkata dalam kempen PRK itu nanti, jentera parti antara lain akan menerangkan pelbagai isu termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang telah menimbulkan keresahan kepada rakyat.

Ketika diminta mengulas tentang calon, Adnan berkata nama calon dipilih berdasarkan suara akar umbi dan telah dimaklumkan kepada presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditentukan.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin setelah terlibat dengan nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 April, pengundian awal pada 30 April dan hari pengundian 5 Mei.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak enam penggal lepas apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , Adnan Yaakob , BN

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan