Khairy Beri Kata-Kata Semangat Kepada Chong Wei

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 7:46 PM

khairy

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ribuan rakyat Malaysia menyatakan sokongan mereka secara dalam talian kepada Datuk Lee Chong Wei yang sedang berhadapan ahli tiga panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Sabtu berhubung kes doping.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin antara yang tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat kepada Chong Wei.

Menerusi tulisan di Twitternya, Khairy memberitahu sudah bercakap dengan Chong Wei dan mendapati bekas pemain No.1 dunia itu dalam keadaan bersemangat.

“Baru sahaja bercakap dengan @LeeChongWei yang sedang berehat daripada sesi pendengaran disiplin. Beliau dalam keadaan bersemangat. Teruskan berdoa untuk keputusan yang baik," tulis Khairy.

Pengikut Khairy turut menyertainya mengucapkan semoga berjaya kepada Chong Wei.

“Semoga berjaya kepada @LeeChongWei," twit salah seorang pengguna akaun @UncleAhBoon, sambil menambah dunia badminton akan berbeza tanpa kehadiran Chong Wei.

Seorang lagi pengguna Twitter @adibahWee berkata: “Kami menyokong Lee Chong Wei! Harap semuanya berjalan dengan lancar #leechongwei.”

Beberapa ucapan berbentuk sokongan turut ditulis penyokong Chong Wei di laman Facebooknya.

"Semuanya akan berjalan lancar! Rakyat Malaysia dan penyokong anda di seluruh dunia akan bersama anda. Semoga tabah Juara," tulis Adrian Paul.

Menurut agensi berita AFP, keputusan pendengaran kes doping Chong Wei yang diadakan di Amsterdam mungkin akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan