Hasil CBP Tidak Akan Disalah Guna - Hasan Malek - Berita Semasa | mStar

Hasil CBP Tidak Akan Disalah Guna - Hasan Malek

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 7:37 PM

Hasan Malek (kiri) menjawab sendiri aduan dari pengguna mengenai resit CBP pada Program Penerangan Isu Semasa dan Ramah Mesra KPDNKK Bersama Pengguna dekat Arau pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ARAU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata wang yang dikutip melalui pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) tidak akan disalah guna. 

Beliau menegaskan wang tersebut akan digunakan bagi membina jalan raya, masjid, surau, kuil, sekolah, pembangunan modal insan, pendidikan dan membaik pulih infrastruktur.

"Setelah 11 hari CBP dilaksanakan, rakyat didapati dapat menerimanya tetapi dikelirukan oleh pihak tertentu terutama pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

"Memang dasar pembangkang, apa yang kerajaan buat semuanya tak kena," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Isu Semasa dan Ramah Mesra Bersama Ahli Kelab Pengguna dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sini, Sabtu.

Ditanya mengenai pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa CBP tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini, Hasan berkata ia adalah hak Dr Mahathir untuk memberikan pandangan tersebut. 

"Tun Dr Mahathir mungkin arif hal-hal luar negara tetapi perlu diingat bahawa 170 negara telah melaksanakan CBP," katanya, sambil mengingatkan peniaga agar tidak menipu rakyat untuk mendapat untung yang lebih melalui CBP.

Hasan meminta pengguna yang ditipu oleh peniaga supaya membawa kes mereka kepada Tribunal Tuntutan Pengguna, selain membuat aduan kepada pihaknya untuk membuat siasatan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis Datuk Sabry Ahmad.

Tags / Kata Kunci: CBP , Hasan Malek
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan