Jawatankuasa Kaji Caj Perkhidmatan Bincang Peraturan, Kawal Selia Isnin

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas 10 hari pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), satu jawatankuasa khas akan mengadakan mesyuarat pada Isnin depan bagi membincangkan mengenai isu caj perkhidmatan, terutama berkaitan peraturan dan agensi yang bertanggungjawab mengawal selia perkara itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan KPDNKK di kementerian pagi Isnin.

Menurutnya, KPDNKK adalah urusetia bagi jawatankuasa yang merupakan ‘working group’ bagi mengkaji isu caj perkhidmatan ini yang melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Kita akan mengkaji semua aspek berkenaan caj perkhidmatan dari segi peraturan, agensi kawal selia dan garis panduan termasuk membincangkan sama ada caj perkhidmatan ini diperlukan atau tidak.

“Jawatankuasa ini akan membincangkan sebarang kes dan maklumat yang diperolehi mereka berkaitan caj perkhidmatan di samping akan meneliti untuk mengadakan pertemuan dengan wakil kesatuan dan persatuan hotel dan restoran,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Berkuatkuasa pada Isnin lalu, hanya restoran dan hotel yang mempunyai perjanjian kolektif (CA) antara majikan dan kesatuan pekerja sahaja dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Alias berkata, banyak proses yang akan dilakukan Jawatankuasa Mengkaji Caj Perkhidmatan  sehingga mencapai penyelesaian bersama.

Tambahnya, ia akan dibentangkan kepada beliau selaku pengerusi jawatankuasa dasar kementerian sebelum dibawa kepada menteri yang akan menentukan statusnya di peringkat Kabinet.

“Oleh itu, kita memerlukan masa untuk mengendalikan isu ini memandangkan ia melibatkan undang-undang dan sebagainya.

“Sebagaimana yang kita tahu, setakat ini tiada peraturan dan agensi yang kawal selia terhadap isu caj perkhidmatan. Jadi, saya berharap orang ramai terutama pengguna bersabar berhadapan dengan isu ini,” kata Alias.

Pada masa yang sama, Alias menegaskan supaya pihak hotel dan restoran mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada Isnin lalu sehingga satu polisi baharu dikeluarkan kerajaan.

“Oleh kerana caj perkhidmatan ini berasaskan amalan universal sejak 1948 yang mempunyai perjanjian kolektif untuk melindungi pekerja. Saya mahu pastikan caj perkhidmatan itu diberi kepada pekerja dan bukannya majikan,” katanya.

Ditanya adakah hotel dan restoran perlu mendapatkan pengesahan dalam memaparkan notis caj perkhidmatan, beliau berkata, KPDNKK pada masa ini bukan agensi kawal selia kepada sistem berkenaan.

“Pada masa ini, kita lihat aspek ini berdasarkan semakan kepada tiga akta iaitu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna.

“Jawatankuasa yang akan mengkaji isu ini, malahan buat masa ini belum tahu siapa lagi jadi agensi kawal selianya,” kata Alias sambil menambah bagaimanapun kerajaan memutuskan KPDNKK mengetuai dalam menangani isu caj perkhidmatan.

Tags / Kata Kunci: Alias Ahmad , caj perkhidmatan , KPDNKK

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan