Pindaan Akta Hasutan Untuk Wujud Keamanan Mutlak

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Masyarakat tidak seharusnya melihat pindaan Akta Hasutan 1948 dari aspek teknikal perundangan saja kerana pindaan akta itu dilakukan untuk mewujudkan keamanan mutlak di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pindaan akta itu juga tiada unsur menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan kerana ia adalah untuk mencegah masalah pada masa hadapan.

"Kami mahu mengelakkan sebarang permasalahan yang akan berlaku pada masa depan atau masa ini kerana keharmonian pelbagai agama dan kaum serta keamanan mutlak perlu diwujudkan melalui pindaan Akta Hasutan.

"Tidak ada juga unsur yang menggantikan ISA kerana ia adalah undang-undang pencegahan untuk elak sebarang kesalahan dan mengenakan hukuman yang agak berat kerana kami tidak boleh berkompromi dengan hal sensitif yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara," katanya ketika melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, Sabtu.

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis diluluskan Dewan Rakyat selepas 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Ahmad Zahid turut menegaskan terdapat empat aspek utama mengapa pindaan itu dilaksanakan iaitu untuk menangani penghinaan agama dan penghinaan kaum di media sosial.

Selain itu, dua aspek lagi ialah untuk menangani masalah kumpulan militan yang mengajak rakyat Malaysia untuk meninggalkan negara ini dan menangani tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda.

"Pada masa dahulu mungkin perkara ini hanya boleh dilakukan menerusi media cetak, elektronik mahupun ceramah tetapi pada hari ini ia boleh dilakukan di media sosial," kata beliau.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pembinaan IPK Johor, di sini, yang sebelum ini terbengkalai, dijangka siap pada Ogos 2016 selepas diambil alih kontraktor baharu sejak Februari tahun lalu.

Beliau berkata pembinaan dengan kos RM72.8 juta itu sedang giat dijalankan dan kontraktor terdahulu yang gagal menyiapkan sudah disenaraihitamkan.

Beliau menjelaskan di seluruh negara pada ketika ini terdapat empat projek membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikategorikan sebagai sakit kerana kegagalan teknikal kontraktor dan sedang dipantau teliti oleh pihaknya.

Tags / Kata Kunci: Akta Hasutan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan