Syor-Syor PAC Untuk Tindakan Kabinet

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 3:39 PM

Paul Low.

Paul Low Seng Kuan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata beliau akan membangkitkan syor-syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam Kabinet dan memastikan tindakan pembetulan sesuai diambil.

Beliau berkata sebagai menteri bertanggungjawab bagi tadbir urus, integriti dan hak asasi manusia, beliau akan memperluaskan skop kementeriannya untuk turut berperanan sebagai cabang PAC dalam, sekali gus meningkatkan keberkesanannya.

"Dengan cara ini, cadangan-cadangan PAC akan dipantau dan diambil tindakan sepatutnya oleh kerajaan. Ini akan menambah baik proses tadbir urus dan membuang sebarang tanggapan bahawa PAC merupakan harimau tidak bertaring," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Low berkata kerajaan memandang serius semua isu dibangkitkan dalam Kad Laporan PAC dikeluarkan semalam untuk tempoh Julai 2013 hingga April 2015. 

Beliau merujuk khususnya kepada kebimbangan dibangkitkan oleh Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed tentang kegagalan Kementerian Kewangan mengemukakan sebarang maklum balas kepada syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa itu.

"Saya ingin menegaskan bahawa semua kementerian telah mengambil maklum rasa tidak puas hati dikemukakan oleh PAC berhubung maklum balas yang lewat atau kurang diberi perhatian," katanya.

Low berkata sebagai langkah lanjut untuk menyelesaikan isu yang dkemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara, kerajaan sedang meneliti untuk menambah baik proses disiplin dan peraturan supaya lebih efektif dalam menangani salah laku di pejabat kerajaan.

Dilaporkan Nur Jazlan berkata kerajaan masih belum menerima sebarang maklum balas kepada PAC terhadap syor-syornya berhubung beberapa kes walaupun laporan mesyuarat PAC telah dibentangkan di Parlimen sejak November 2013. 

Nur Jazlan berkata ini bertentangan Perenggan 304(b) Peraturan Arahan Perbendaharaan yang jelas menyatakan tindakan perlu diambil oleh Perbendaharaan selepas laporan itu dibentangkan.
Tags / Kata Kunci: Paul Low Seng Kuan , PAC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan