Saya Pertimbang Kritikan Dr Mahathir - PM

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 12:13 AM

(Ubah saiz teks)

EDISI Khas Soal Jawab Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - menjelaskan isu yang ditimbulkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi program yang disiarkan di televisyen pada pukul 10 malam Khamis, Perdana Menteri memperincikan beberapa persoalan dan kritikan berkaitan isu semasa dan politik.

SOALAN (S): Bagaimana pula dengan pandangan Tun Mahathir yang mengatakan bahawa sekiranya Datuk Seri terus memimpin negara, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam pilihan raya akan datang.

PERDANA MENTERI (PM): Itu pendapat peribadi Tun Mahathir. Apa yang kita dalam parti rasakan bahawa dalam soal kejayaan kepada Umno dan BN bergantung kepada kekuatan kita. Kekuatan kita hanya akan menjadi sesuatu kenyataan sekiranya kita padu dalam parti. Kalau kita padu dan tidak berbalah, sesama kita, tak ada unsur sabotaj dalam parti, saya yakin InsyaAllah kita boleh menang dalam PRU-14 akan datang.

S: Ada juga pihak yang berpendapat bahawa kritikan yang datang daripada pelbagai pihak terutamanya daripada Tun Mahathir, mungkin tak akan berhenti. Bagaimanakah Datuk Seri bercadang untuk menangani perkara ini dalam perjalanan menuju Wawasan 2020. Adakah ia akan memberi kesan kepada Datuk Seri.

PM: Saya merasakan bahawa apa yang saya patut lakukan ialah teruskan sikap saya, maknanya saya terbuka, setiap kritikan itu saya akan pertimbang dan saya lihat kalau ada apa-apa kekurangan dalam pentadbiran saya. Saya tak pernah kata pentadbiran saya tak melakukan sebarang kesilapan. Saya akui bahawa setiap manusia itu bukanlah perfect, tak ada manusia yang tak ada buat kesilapan, kepincangan.

Jadi maknanya saya bersedia untuk melakukan penambahbaikan. Tetapi kalau saya merasakan bahawa apa yang saya buat itu mendapat sokongan daripada parti, rakyat maka saya akan teruskan dasar-dasar saya sebab pada hakikatnya penentuan hala tuju negara ini bukanlah ditentukan oleh mana-mana individu tapi oleh rakyat dan parti.

S: Kita semua tahu bahawa keluarga Datuk Seri sendiri mempunyai perhubungan yang cukup erat dengan Tun Mahathir. Ini pertalian yang cukup lama. Walaupun dengan krtikan daripada Tun Mahathir, bagaimana Datuk Seri melihat Tun Dr Mahathir, adakah pandangan kepada beliau sudah berubah.

PM: Saya akan timbang apa-apa krtikan Dr Mahathir, tetapi saya ingin menyatakan bahawa hakikatnya saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Sama ada hubungan kita ini macam dulu atau tidak, masa akan tentukan.

Saya beriltizam untuk menyerahkan kedudukan saya kepada rakyat dan parti dan bukan bererti bahawa saya tidak hormat mana-mana individu tetapi itu soal individu. Tapi hakikatnya saya mesti serahkan kedudukan saya kepada parti dan rakyat.

S: Apa hasrat Datuk Seri kepada ahli-ahli parti dan rakyat secara keseluruhannya supaya dapat keluar dari kemelut ini dan bawa negara ke tahap yang lebih baik.

PM: Pada saya kita mesti lihat yang penting, soal big picture. Soal masa depan dan hala tuju, kita jangan benarkan sesuatu isu itu yang digembar-gemburkan seolah-olah ekonomi negara kita sudah hancur atau kita bermasalah hingga tak boleh ditangani. Itu tidak benar sama sekali.

Kita mesti yakin bahawa kita pada hala tuju yang baik, benar dan positif. Dalam pada itu, kalau ada apa-apa kelemahan kita akan perbaiki, kita perbetulkan. Sebab mana-mana kerajaan di dunia pun tak ada yang perfect, mesti ada kelemahan.

Zaman Tun Dr Mahathir pun tak perfect. Zaman saya pun tak perfect. Tetapi kita mesti sedar bahawa kita mempunyai sikap yang terbuka...kita betulkan keadaan supaya hari esok lebih baik daripada hari ini.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan