Pos Malaysia Keluarkan Setem Hidupan Laut Terancam

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 8:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan koleksi set setem yang memaparkan empat spesies kehidupan laut yang terancam.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Azlan Shahrim berkata, koleksi kali pertama itu yang dikeluarkan di Malaysia, mula dijual di pejabat Pos seluruh negara pada Isnin depan.

Katanya, sebanyak 50,000 lembaran setem itu diharap dapat meningkatkan kesedaran dan keprihatinan orang ramai tentang ancaman terhadap Paus Bongkok, Pari Gergaji Jarang, Paus Biru dan Paus Pembunuh.

"Kami mengeluarkan sejumlah 430,000 keping setem pos individu yang bakal menjelajah ke seluruh dunia untuk menyampaikan mesej kepentingan kelestarian biodiversiti," katanya dalam kenyataan di sini.

Antara tarikan utama keluaran khas itu ialah lembaran mini yang memaparkan setem Paus Bangkok berbentuk oktagon dengan teraan kerajang perak bagi menimbulkan ciri imej 3D, yang berharga RM5 setiap satu.

Selain lembaran mini, tiga setem biasa bersaiz 40mm X 30mm yang memaparkan Pari Gergaji Jarang, Paus Biru, dan Paus Pembunuh juga boleh dibeli pada harga 60 sen, 80 sen, dan RM1.40 setiap satu.

Azlan berkata Sampul Surat Hari Pertama boleh didapati pada hari pertama keluaran setem pada harga 50 sen setiap satu dan RM3.30 dengan satu set setem, RM5.50 dengan satu set lembaran mini manakala folder pula berharga RM6 setiap satu dan RM75.80 untuk satu set lengkap.

Setem itu direka oleh Hazel Design Sdn Bhd dan dicetak di New Zealand oleh Southern Colour Print.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: setem , Pos Malaysia , Azlan Shahrim , paus

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan