Umno Selangor Sokong Penuh Kepimpinan Najib

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 4:05 PM

Noh Omar (dua, kiri) mengadakan sidang akhbar bersama kepimpinan Umno Selangor menyokong penuh kepimpinan Najib selepas mesyuarat khas Umno Selangor di Shah Alam pada Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Umno Selangor menyokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah melaksanakan banyak projek untuk kepentingan dan kemudahan rakyat termasuk yang terbaharu, pelancaran Projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sarawak.

Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya berpendapat segala kritikan diterima Najib dibuat sebenarnya tanpa melihat secara keseluruhan kerja dan usaha beliau untuk membawa Malaysia ke tahap negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi pada 2020.

"Pelbagai perancangan kerajaan seperti program transformasi, rasionalisasi subsidi serta Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mempunyai impak yang besar kepada rakyat.

"Umno Selangor yakin di bawah kepimpinan Perdana Menteri dengan sokongan padu Timbalan Perdana Menteri dan barisan kabinet serta rakyat jelata beliau akan dapat memacu negara ini lebih maju lagi di masa hadapan," katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini Jumaat.

Kenyataan itu dibuat berikutan kritikan terhadap Najib berhubung beberapa isu oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Noh berkata selain Umno Selangor, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor turut menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Najib.

Beliau dalam pada itu berkata pihaknya turut menyokong ketelusan Najib mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menyemak akaun 1MDB dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai wakil pembangkang untuk menyiasat akaun syarikat itu.

Ini katanya, membuktikan bahawa Perdana Menteri tidak menyembunyikan apa-apa dalam isu 1MDB, malah Najib juga menegaskan tidak akan melindungi jika berlaku salah guna kuasa dalam syarikat itu.

"Umno Selangor juga berharap semua jawapan yang diberi oleh Perdana Menteri dalam Program Soal Jawab di TV3 pada Khamis diterima dengan berlapang dada oleh semua pihak.

"Perdana Menteri telah menjawab dengan tenang semua soalan yang diajukan meliputi semua perkara dari ekonomi, pembangunan dan juga isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir," katanya.

"Bagi menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri juga, Umno Selangor telah bersetuju bahawa setiap Umno Bahagian di negeri ini akan membuat usul menyokong kepimpinan Najib dalam mesyuarat agung bahagian masing-masing," katanya.

Tags / Kata Kunci: Noh Omar , Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan