SPR Nafi Dakwaan Persempadanan Semula Ubah Kawasan Majoriti

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 1:23 PM

Abdul Aziz (kiri) menunjukkan peta kawasan PRK Rompin P091, selepas mengumumkan 5 Mei sebagai hari pengundian di Menara SPR di Putrajaya pada Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafikan dakwaan bahawa kerusi majoriti Melayu diubah menjadi kerusi campuran ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata persempadanan semula diurus mengikut proses udang-undang dan SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kawasan mengundi bagi mana-mana individu.

"Sama ada ia gerrymandering (mengubah persempadanan kawasan pilihan raya untuk kepentingan sesebuah parti), itu hanyalah tanggapan pihak tertentu kerana ada proses maklum balas, pertanyaan, perjumpaan dan perbincangan dalam perlembagaan.

"SPR juga tidak mempunyai kuasa untuk mengubah kawasan pilihan raya seseorang pengundi kerana ia bergantung kepada alamat pada kad pengenalan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, di sini Jumaat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno semalam dilaporkan sebagai berkata Dr Mahathir membuat persempadanan semula berpunca daripada kemerosotan undi orang Melayu kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 1999.

Tags / Kata Kunci: SPR , persempadanan semula

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan