Perbualan Telefon Tun M-Sirul Akan Diteruskan - Mahfuz

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 12:53 PM

Datuk Mahfuz Omar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rancangan supaya Sirul Azhar Umar dapat berbual dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui telefon akan diteruskan, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata, setiap urusan dalam usaha untuk membantu Sirul yang kini berstatus tahanan Imigresen di Australia telah dan akan dibuat dengan persetujuan keluarganya, termasuklah pertemuan terbaharu melibatkan Dr Mahathir dan ibu Sirul, Piah Samad.

"Ya...kita akan terus membantunya dan buat seperti mana yang dirancang. Kita sudah bincang dengan ibu dan keluarga Sirul. Saya percaya keluarganya ada berbincang dengannya.

"Tapi, sudah tentu kita akan beritahu dan dapatkan persetujuan Sirul terlebih dahulu sebelum perbualan dengan Tun M dijalankan," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Sirul, yang dikatakan kecewa dengan pertemuan di antara Dr Mahathir dengan ibunya serta bapa saudaranya, Mustafa Samad di Yayasan Perdana, Rabu.

Menerusi, perbualan telefon, Sirul memberitahu peguamnya  Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican bahawa peguam yang mewakilinya di Australia menaklumkan tindakan Mahfuz dan sebarang kenyataan yang merujuk kepada dirinya mungkin akan menjejaskan peluangnya yang kini dalam proses untuk mengemukakan permohonan perundangan di Australia untuk terus berada di negara itu.

Sirul juga tetap dengan pendirian untuk tidak akan pulang ke Malaysia selepas dijatuhi hukuman mati kerana membunuh model Mongolia, Altantuya Shaarriibuu.

"Itu yang peguam dia cakap di sana, tak apalah. Saya akan berurusan dengan keluarganya sebelum mereka (keluarganya) berurusan dengannya," kata Mahfuz.

Mengenai kekecewaan Sirul terhadap pertemuan yang diaturnya itu, Mahfuz berkata, beliau tidak pasti mengenai perkara itu dan sejauh mana Sirul dikatakan kesal dengan tindakannya itu.

Namun, beliau berkata, sebagai seorang anak, beliau percaya Sirul faham perasaan ibunya dan keputusan yang dibuat oleh keluarganya bertujuan mencari kebenaran dalam kes pembunuhan model Mongolia itu.

Selepas berjaya menemukan Dr Mahathir dengan ibu Sirul, Mahfuz merancang memberi ruang kepada Sirul menceritakan segala-galanya berkaitan kes pembunuhan Altantuya dengan Dr Mahathir menerusi telefon pula.

Mahfuz berkata, beliau percaya tindakan itu boleh memberi tekanan supaya siasatan semula dapat dilakukan terhadap kes berprofil tinggi itu.

Sirul dan bekas rakan sepasukannya dalam Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri, disabitkan kesalahan pada 13 Januari tahun ini, atas dakwaan membunuh Altantuya di Shah Alam pada 2006.

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul tanpa kehadirannya kerana ketika itu dia berada di Australia.

Dr Mahathir dalam blognya sebelum ini berkata, tidak adil jika Sirul dan Azilah dikenakan hukuman gantung kerana mereka hanya bertindak mengikut arahan.

Bekas Perdana Menteri itu menggesa polis memandang berat kenyataan Sirul itu dan menjalankan siasatan semula memandangkan setakat ini motif pembunuhan itu masih tidak dikenal pasti.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan