Lima Penyelidik UM Terima Anugerah Kerajaan Australia

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 9:26 PM

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin (kanan) berbual bersama empat penyelidik dari Fakulti Perubatan UM (dari kiri) Yap Nan Jiun, Yeannie Yap Hui Yeng, Wong Meng Li dan Nortina Shahrizaila dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan Australia Dr Angela McDonald (dua,kanan) pada majlis penghargaan kepada kerajaan Australian dan meraikan empat penyelidik Fakulti Perubatan memenangi 2015 Endeavour Research Fellowship Awards di Galeri Seni UM, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima penyelidik dari Fakulti Perubatan  Universiti Malaya (UM) menerima '2015 Endeavour Research Fellowship Awards' daripada kerajaan Australia bagi menjalankan penyelidikan beberapa penyakit di negara itu.

Anugerah penyelidikan itu memberi sokongan kewangan kepada pelajar siswazah dan kedoktoran lanjutan bukan dari Australia untuk menjalankan penyelidikan jangka pendek antara tempoh empat bulan hingga enam bulan.

Lima penerima itu ialah Wong Meng Li, Yap Nan Jiun, Dr Yeh Siang Lau, Prof Madya Dr Nortina Shahrizaila dan Yeannie Yap Hui Yeng, kata Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin pada majlis meraikan penerima anugerah itu di sini, Jumaat.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia Dr Angela McDonald.

Mereka masing-masing akan menjalankan penyelidikan mengenai malaria, hipertensi, penyakit neuron motor dan 'tiger milk mushroom' bagi menambah baik kesihatan masyarakat.

Dr Mohd Amin berkata anugerah penyelidikan itu merupakan satu pengiktirafan kepada UM khususnya Fakulti Perubatan daripada segi keupayaan pengajaran pensyarah dan bidang penyelidikan di universiti berkenaan.

"Kali ini di Malaysia, UM adalah satu-satunya universiti yang mempunyai calon terbanyak iaitu lima orang dipilih mendapat anugerah ini," katanya.

Menurutnya antara kriteria bagi mendapat anugerah penyelidikan itu ialah kebolehan pensyarah dan pelajar UM bekerjasama dengan profesor dari universiti di Australia.

Sementara itu, Wong berkata beliau akan membuat penyelidikan mengenai malaria dengan memberi fokus kepada mengenal pasti faktor utama malaria danprogram kawalan lebih berkesan bagi mengatasi penyakit itu.

Wong akan ke Australia pada Mei ini manakala Yap pada Jun, Dr Nortina (September) dan Yeannie Yap (April) manakala Dr Yeh sudah berada di negara itu sejak bulan lepas bagi menjalankan penyelidikan mengenai hipertensi.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Fakulti Perubatan UM , Fellowship , Australia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan