PAS Sambut Baik Usaha Kerajaan Menentang Keganasan

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: PAS menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lepas, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata meskipun terdapat beberapa perkara teknikal yang parti tidak bersependapat dengan kerajaan, namun PAS tidak menafikan akan keperluan undang-undang berkenaan bagi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

"Kami bersatu dalam menentang keganasan, kami tidak mahu keganasan diimport ke negara kita ... kami mengganggap apa yang dicetuskan (keganasan) di negara lain tidak sesuai dengan ajaran Islam.

"Kami tidak nafikan perlunya undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen (Dewan Rakyat). Ini tanggungjawab bersama," katanya pada sidang media di Rusila di sini, Jumaat.

Berhubung penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke sesi Dewan Rakyat akan datang dijadual pada Mei, Abdul Hadi berkata, beliau berpuas hati kerana perkara itu telah dipersetujui sebulat suara selepas satu perbincangan diadakan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, PAS bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal sebaliknya bersedia mengikut giliran yang telah ditetapkan kerana percaya agenda negara khususnya melibatkan isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan pada masa ini.

"Saya juga dimaklumkan bahawa ada menteri yang membuat kenyataan di Parlimen bahawa akan dipanjangkan perkara ini dalam sidang akan datang. Maka, sebab itu, kami tak perlu tergesa-gesa dalam hal ini," katanya.

Jelas Abdul Hadi, beliau turut berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh anggota Parlimen yang beragama Islam termasuk UMNO dalam perkara itu dan menganggap penerimaan terhadap hukum berkaitan Islam semakin baik berbanding dahulu.

"Keadaan sekarang tidak seperti tahun 50-an dulu. Tahun 50-an dulu, orang memomokkan undang-undang Islam ini. Tapi, perkara ini dah dianggap sebagai ilmu sejak tahun 70-an hingga hari ini termasuk berlaku perbincangan dalam UMNO dan MCA juga menganjurkan seminar hudud walaupun ada kekalutan. Tapi, itulah, dia (MCA) berjaya anjur secara akademik, secara ilmu dan ini satu perkara yang sangat positif," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , Umno

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan