PAS Hulu Terengganu Calon Hadi, Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: PAS Kawasan Hulu Terengganu yang mengadakan Mesyuarat Agung pada Jumaat telah sebulat suara mencalonkan Datuk Seri  Abdul Hadi Awang untuk terus kekal sebagai Presiden manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden.

Keputusan pencalonan sempena muktamar tahunan parti yang dijangka berlangsung Jun depan itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 PAS kawasan itu yang diadakan di Kubang Lembek dekat Manir di sini.

Sementara itu, tiga calon Naib Presiden Pas yang dipersetujui pula ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah serta dua Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat iaitu Nasrudin Hasan Al-Tantawi dan Idris Ahmad.

Setakat ini hanya PAS Kawasan Besut dan Hulu Terengganu sahaja sudah selesai mengadakan mesyuarat manakala enam kawasan lain iaitu Setiu, Kuala Nerus, Marang, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu akan bermesyuarat sebelum 25 April ini.

Keputusan yang dicapai oleh PAS Kawasan Hulu Terengganu pada hari ini juga adalah calon yang sama dipilih oleh PAS Kawasan Besut pada minggu lepas.

Tags / Kata Kunci: PAS , Hulu Terengganu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan