Himpunan Bantah GST Dapat 'Lampu Hijau', KPN Puji Penganjur

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 1:54 PM

Khalid Abu Bakar.

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memuji langkah penganjur yang mengemukakan permohonan untuk mengadakan Himpunan Derita Rakyat (Hindar) pada Sabtu bagi membantah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Khalid berkata, kebenaran telah diberikan kepada penganjur dan polis akan membantu memudahkan perjalanan program tersebut seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Macam inilah yang kita nak, supaya mereka mohon mendapatkan tempat yang sesuai dan kita akan bantu mereka.

"Ini yang selalu saya cakap supaya ikut peraturan, buat permohonan, minta dulu izin daripada tuan punya tempat , bukannya mengganggu Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sebagainya, mengganggu peniaga-peniaga dan juga aktiviti lain di kawasan itu," katanya pada sidang media selepas hadir upacara sembahyang agama Buddha sempena Hari Polis ke-208 di kuil Maha Vihara di sini, Jumaat.

Menurut Khalid, pada hari tersebut, anggota polis akan memberi kemudahan dari segi kelancaran trafik dan pemantauan keselamatan sepanjang himpunan tersebut berlangsung.

"Kita akan pastikan keadaan keselamatan di situ terkawal dan mereka boleh menggunakan hak mereka untuk bersuara dan sebagainya.

"Yang ini (perhimpunan) dibuat dengan cara teratur, kita akan bantu, kita akan permudahkan dan kita akan pastikan keselamatan mereka tidak akan digugat oleh mana-mana pihak yang nak membantah mereka pula, itu tanggungjawab kami," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang ketika menyertai himpunan tersebut.

"Bila kita bagi kebenaran, bukanlah kebenaran untuk mereka lakukan apa yang mereka nak buat yang melanggar undang-undang," katanya.

'Hindar'  dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS bagi menyatakan bantahan terhadap GST dan sempena sepuluh hari pelakasanaannya.

Menurut Pengarahnya Nasruddin Hassan, himpunan yang bermula pukul 4 petang hingga 9 malam itu adalah sebuah himpunan aman dan mempunyai cara serta tertib tersendiri.

Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah solat Asar dan Maghrib berjemaah dan bacaan al-Mathurat, pidato pimpinan menjelaskan kenapa GST dibantah, pentomen Derita Rakyat, puisi Derita Rakyat, serta Munajat Perdana.

Pidato khas juga dijadualkan akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tags / Kata Kunci: bantah GST , GST , Tan Sri Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan