BN Tunggu Laporan Berhubung Calon PRK Permatang Pauh, Rompin

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 10:37 PM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Barisan Nasional (BN) sedang menunggu laporan berkaitan nama-nama calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dan PRK Parlimen Permatang Pauh.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, laporan itu dibuat oleh BN negeri-negeri terlibat iaitu Pahang dan Pulau Pinang untuk diserahkan ke BN pusat untuk keputusan.

"Kita masih menunggu laporan dari kedua-dua negeri Pahang dan Pulau Pinang, tapi di Pulau Pinang kita sudah dapat nama cuma ia belum muktamad," katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis perasmian bengkel pemukiman Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, di Bukit Tinggi di sini, Jumaat. Majlis itu dirasmikan Bendahari Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Rompin diadakan pada 5 Mei dan penamaan calon pada 22 April ini. PRK Permatang Pauh pula ditetapkan pada 7 Mei dengan penamaan calon pada 25 April.

Tengku Adnan berkata, BN sudah bersedia dan telah merangka strategi bagi menghadapi kedua-dua PRK itu yang diadakan hampir serentak.

Katanya, walaupun Permatang Pauh merupakan kubu kuat bagi PKR, BN akan memberikan tumpuan seimbang kepada kedua-dua kawasan berkenaan.

"Kita ada strategi kita. Insya-Allah kita cuba memenangi kerusi Parlimen Rompin dan akan cuba merampas kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan di TV3 malam tadi, Tengku Adnan berkata Najib telah memberikan jawapan terbaik bagi menjawab kritikan terhadapnya.

Sambil menyatakan sokongan Umno Wilayah Persekutuan terhadap kepimpinan Najib, beliau berkata isu kritikan itu boleh dianggap selesai, apatah lagi banyak kritikan itu sudah dijawab Perdana Menteri beberapa kali sebelum ini.

Sementara itu, Ahmad Husni berkata, Perdana Menteri telah menunjukkan sikap yang rendah diri dan prihatin serta mempamerkan keterbukaannya untuk menjawab semua kritikan itu.

Katanya, walaupun dikritik hebat Najib masih mampu menunjukkan rasa hormat dan menghargai pengkritiknya semasa wawancara itu.

"Saya kenal Datuk Seri Najib cukup lama dan saya tahu karektor beliau.

Beliau sentiasa melihat sesuatu perkara dari sudut positif dan saya tidak pernah melihat beliau berasa marah (kerana dikritik)," katanya.

Ahmad Husni yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata, selepas isu kritikan itu, anggota BN khususnya UMNO perlu menumpukan kepada usaha membangunkan negara menerusi rancangan-rancangan yang telah diperkenalkan kerajaan.

Katanya, isu utama kini adalah untuk mengatasi dengan segera masalah yang timbul berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan agar ia dapat meraih faedah untuk kebaikan rakyat.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan