Sultan, Permaisuri Johor Berangkat Ke Majlis Perkahwinan Anak Khaled Nordin

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 11:00 PM

Sultan Johor berkenan menepung tawar anak Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Akmal Saufi bersama pasangannya Noor Shamiza Sayuti di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana di Johor Bahru, malam Jumaat. Foto ABDUL RAHMAN EMBONG / THE STAR

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah malam Jumaat berkenan berangkat ke majlis resepsi sempena perkahwinan anak lelaki Menteri Besar Johor di Saujana di sini.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri Datin Seri Rosni Omar.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menepung tawar pasangan pengantin, Akmal Saufi Mohamed Khaled dan Noor Shamiza Sayuti, yang memakai busana berwarna kuning air.

Datuk Seri Najib Tun Razak menepung tawar kepada Akmal Saufi dan pasangannya.

Akmal Saufi dan Shamiza,  masing-masing berusia 28 tahun dan bekerja sebagai peguam, dinikahkan di Kelantan minggu lepas. 

Turut menghadiri majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Kira-kira 1,500 tetamu termasuk barisan exco kerajaan negeri, menteri kabinet, menteri besar, dif kehormat menghadiri majlis resepsi itu.

Tags / Kata Kunci: Khaled Nordin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan