Tiada Larangan Jual Alkohol Di Selangor - Exco

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 3:19 PM

Ean Yong Hian Wah.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tiada peraturan atau dasar yang boleh diguna pakai terhadap umat Islam untuk melarang mereka daripada terlibat dalam penjualan alkohol di negeri ini termasuk di kedai serbaneka 24 jam.

Dalam maklum balas kepada Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram), ahli exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah (DAP-Sri Kembangan) berkata ia kerana tiada sebarang syarat ditetapkan dalam lesen jualan alkohol.

"Namun, umat Islam di negeri ini digalakkan untuk tidak melibatkan diri mereka dalam penjualan arak dan aktiviti berkaitan dengannya," katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Khamis.

Dalam soalannya, Amiruddin bertanya sekiranya kerajaan negeri ada rancangan untuk menetapkan dasar bagi menghalang umat Islam dari terlibat dalam penjualan alkohol kerana ia bertentangan dengan akidah Islam.

Ean Yong yang bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram Dan Pembangunan Kampung Baru berkata kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal selia sendiri penjualan arak kepada umat Islam terutama mereka yang dibawah umur.

"Lesen untuk menjual alkohol dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan kelulusan daripada polis, Jabatan Kastam dan Jabatan Kesihatan," katanya

Beliau berkata kerajaan negeri juga menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan pegawai daerah yang akan membuat keputusan ke atas lesen tersebut.

Tags / Kata Kunci: Ean Yong Hian Wah , alkohol

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan